Harian Metro

CGC lulus RM1.06b biaya 1,440 kontraktor Bumiputera

-

Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) berada di landasan tepat dalam membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera menerusi Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i).

Ketua Pegawai Perniagaan dan Bahagian Perniagaan CGC Leong Weng Choong berkata, sejak Jun lalu, CGC meluluskan RM1.06 bilion pembiayaan bagi 1,440 kontraktor Bumiputera.

Katanya, TPUB-i ditawarkan kepada usahawan Bumiputera yang dianugerah­kan kontrak projek oleh kerajaan, badan dan agensi kerajaan, badan berkanun ataupun syarikat milik kerajaan, tetapi tidak berjaya mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan.

“TPUB-i bertujuan membantu syarikat kontraktor Bumiputera berskala kecil dan belum mempunyai rekod perniagaan kukuh, tetapi berpotensi mengembang­kan perniagaan mereka.

“Selain membantu kontraktor terbabit dalam projek MRT, kemudahan TPUB-i ini diperluask­an kepada projek infrastruk­tur termasuk Lebuhraya Pan Borneo dan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC),” katanya.

Menurutnya, tahun lalu, RM200 juta pembiayaan diluluskan di bawah skim berkenaan dengan peruntukan dana RM300 juta untuk membiayai kontraktor Bumiputera yang berdaya maju.

Jumlah pembiayaan maksimum TPUB-i adalah sehingga RM3 juta bagi permohonan kali pertama dan RM5 juta bagi permohonan berikutnya.

“Skim berkenaan menawarkan caj kadar pembiayaan asas (BFR)

+0.5 peratus setahun bagi permohonan kali pertama dan tidak memerlukan cagaran sehingga RM3 juta had kemudahan pinjaman,” katanya.

 ??  ?? LEONG
LEONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia