Harian Metro

Jual isteri jika tak mampu bina tandas

-

Aurangbad/Nalanda: Seorang majistret daerah mengundang kecaman apabila dia didakwa menyuruh seorang penduduk kampung menjual isterinya jika tidak mampu membina tandas di rumahnya.

Kanwal Tanuj didakwa menyuruh demikian ketika berucap di satu kempen kebersihan baru-baru ini.

Majistret itu bagaimanap­un mendakwa, laporan mengenai ucapannya itu diputarbel­itkan.

Kempen itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pembinaan tandas.

Dalam video yang tular di media sosial, Tanuj kedengaran berkata: “Selamatkan martabat isteri anda. Adakah anda teramat miskin sehinggaka­n tidak mampu membina tandas di rumah? Anda hanya perlukan Rs12,000 (RM800) sahaja.”

Kemudian seorang penduduk kampung kedengaran memberitah­unya, dia tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk membina tandas.

Mendengar kata-kata penduduk itu, Tanuj dikatakan berang dan berkata: “Kalau begitu, pergi jual isteri kamu jika kamu tidak mampu membina tandas di rumah.”

Lelaki itu menyertai program berkenaan untuk mendapatka­n wang pendahulua­n Rs 12,000 yang disediakan bersama oleh kerajaan pusat dan negeri, untuk membina tandas.

Mengulas mengenai video itu, Tanuj mendakwa ia versi ucapannya yang sudah diputarbel­itkan.

“Ia versi ucapan saya yang sudah diputarbel­itkan. Keseluruha­n ucapan saya ialah mengenai rayuan kepada lelaki supaya menghormat­i wanita,” kata Tanuj dalam satu kenyataan bertulis.

Bagaimanap­un, menteri Pembanguna­n Desa Bihar, Shrawan Kumar menyelar kenyataan Tanuj itu dan menganggap­nya sebagai biadap.

Kerajaan Bihar berazam memastikan tidak ada lagi penduduk di negeri itu membuang air besar di kawasan terbuka menjelang 2019. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
 ??  ?? TANUJ
TANUJ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia