Harian Metro

14 tahun tak potong

- Daily Mail

Wanita sahut cabaran rakan ketika remaja kini miliki rambut sehingga cecah buku lali

Seorang wanita Russia kini tidak ubah seperti watak kisah dongeng puteri berambut panjang, Rapunzel, selepas dia tidak memotong rambutnya sejak 14 tahun lalu kerana menyahut cabaran rakan.

Kini rambut Daria Gubanova, 27, mencecah sehingga buku lali dan wanita itu berkata dia tidak akan mengeratny­a sehingga mencapai hujung jari kaki.

Daria berkata, dia berhenti memotong rambutnya 14 tahun lalu selepas dicabar seorang rakan yang berkata dia tidak mampu membela rambut untuk ditocangka­n.

Menyahut cabaran itu, Daria tidak lagi ke salun dan membiarkan rambutnya panjang. Kini dia digelar Rapunzel moden dengan rambut sepanjang 1.5 meter.

Wanita itu juga mempunyai ramai peminat yang mahu mengikut jejak langkahnya, dengan lebih 218,000 pengikut di media sosial.

Akaun Instagram Daria dipenuhi lebih 600 gambar rambutnya yang cantik dan sering dipuji peminatnya. Pengguna dikenali sebagai _mom_alena_ berkata: “Saya begitu meminati rambut anda. Saya sedang berusaha menyimpan rambut tetapi perlu bersabar sekurang-kurangnya lima tahun untuk panjang seperti itu.”

Tidak kurang juga yang memujinya apabila menyamakan­nya dengan dewi atau patung Barbie.

Walaupun ramai yang memuji, ada juga yang bertanya sama ada dia mahu mendermaka­n rambutnya itu untuk dijadikan rambut palsu bagi tujuan kebajikan.

“Bagi mereka yang menganggap saya patut mendermaka­n rambut ini, beginilah.

“Dalam 14 tahun lagi saya akan menggunaka­n sabit untuk memotong rambut saya ini untuk dijadikan rambut palsu.

“Tetapi buat masa ini, biarlah saya membelanya. Saya berazam melihat rambut ini mencecah jari kaki,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DARIA dengan rambutnya sepanjang 1.5 meter. - Agensi
DARIA dengan rambutnya sepanjang 1.5 meter. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia