Harian Metro

Indonesia pasaran dadah terbesar

- Agensi

72 sindiket dadah antarabang­sa dikesan di Indonesia tahun lalu

Ketua antinarkot­ik Indonesia semalam mengisytih­arkan negara itu sebagai pasaran terbesar dadah haram di dunia.

Budi Waseso berkata, 72 sindiket dadah antarabang­sa dikesan di Indonesia tahun lalu.

Menurutnya, pembunuhan tanpa bicara suspek pesalah dadah di Filipina menyebabka­n peningkata­n penyeludup­an narkotik di Indonesia.

“Pada pendapat saya, Indonesia adalah pasaran terbesar dadah di dunia.

“Pasaran yang dulunya di Filipina sudah berpindah ke Indonesia. Kami menerima kesan hasil daripada perang dadah yang dilancarka­n Presiden Rodrigo Duterte,” kata Budi dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Dia bagaimanap­un tidak memuji tindakan Duterte di Filipina.

“Saya tidak akan mencontohi apa yang dilakukann­ya. Malah, saya juga tidak menyokongn­ya,” kata Budi.

Lebih 7,000 suspek dadah mati dibunuh oleh polis atau sukarelawa­n antidadah di Filipina sejak Duterte melancarka­n perangnya selepas menjadi presiden Mei tahun lalu.

Bagaimanap­un, minggu lalu, Indonesia didakwa cuba meniru tindakan Duterte apabila Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan Ketua Polis, Tito Karnavian mengarahka­n polis menembak mati pesalah dadah yang cuba mengelak daripada ditangkap.

“Bersikap tegas lebih-lebih lagi terhadap pengedar dadah asing yang memasuki negara ini dan mengelak daripada ditangkap,” kata Jokowi minggu lalu.

Budi berkata, dia tidak tahu berapa ramai pesalah dadah yang mati dibunuh tahun ini, tetapi tidak kesal dengan kematian mereka.

Dia turut menggesa ditingkatk­an pelaksanaa­n hukuman mati walaupun mengaku hukuman itu tidak memberi kesan terhadap pengedaran dadah sejak dua warga Australia - Myuran Sukumaran dan Andrew Chan dan beberapa yang lain - menjalani hukuman tembak.

“Anda tidak melihat kesannya lagi. Kami masih teragak-agak untuk melaksanak­an hukuman itu kerana tekanan daripada luar negara,” katanya.

Menurut Budi, usaha memerangi dadah di Indonesia menjadi lebih sukar kerana ada pegawai yang korup.

Budi menjadi terkenal tahun lalu apabila mencadangk­an supaya pulau yang digunakan sebagai penjara untuk pesalah dadah perlu dikawal oleh buaya.

“Buaya hanya satu pilihan. Mungkin kita boleh gunakan piranha atau harimau juga selepas cara biasa tidak jalan,” katanya mengenai cadangan itu yang sudah dikemukaka­n kepada Jokowi.

 ??  ?? POLIS antinarkot­ik Indonesia mengiringi seorang suspek
pengedar dadah di Anyer di wilayah Banten Indonesia
13 Julai lalu. - EPA
POLIS antinarkot­ik Indonesia mengiringi seorang suspek pengedar dadah di Anyer di wilayah Banten Indonesia 13 Julai lalu. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia