Harian Metro

Jawapan fizik bawah kuku Haram petrol, diesel

- AFP

London: Bagi pelajar di United Kingdom (UK), musim panas terlalu sinonim dengan peperiksaa­n dan tekanan akibatnya.

Bagaimanap­un, seorang pelajar licik mendapat penyelesai­an unik untuk membantuny­a menangani peperiksaa­n subjek fizik apabila melekatkan jawapan pada hujung kukunya.

Dalam gambar dimuat naik ke Reddit, gadis menggunaka­n nama Blood_Repaer itu yang dipercayai dari UK menunjukka­n bagaimana dia menuliskan formula fizik di atas kertas kecil yang kemudian dilekatkan pada bahagian bawah kukunya yang panjang.

‘Kejayaanny­a’ itu mendapat pelbagai reaksi pengguna Internet dengan ada yang memuji kelicikann­ya namun ramai juga yang menyelarny­a kerana tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.

Malah beberapa orang yang memahami teori fizik turut mengkritik­nya kerana tidak dapat menjawab beberapa soalan mudah.

Tidak jelas sama ada gadis berkenaan pelajar sekolah atau penuntut universiti, tetapi kebanyakan yang mengulas tidak menerimany­a secara positif, termasuk seorang pengguna yang menggangga­pnya sebagai ‘menyedihka­n.’ - Agensi

Britain akan mengharamk­an penjualan kereta menggunaka­n petrol serta diesel bermula 2040 dalam usaha mengurangk­an pencemaran udara, kata kerajaan negara itu semalam.

Menteri Alam Sekitar Michael Gove semalam membentang­kan rancangan pelan pencemaran udara kerajaan yang bernilai £3 bilion (RM17 bilion) yang antara lain dijangka mendesak majlis perbandara­n seluruh negara mengemukak­an cadangan sebelum Mac tahun depan untuk mengurangk­an tahap nitrogen dioksida.

Larangan terhadap kereta serta van menggunaka­n petrol atau diesel mencontohi langkah dicadangka­n untuk dilaksanak­an kerajaan Perancis dan turut merangkumi kenderaan hibrid yang mempunyai motor elektrik dengan enjin diesel atau petrol.

Mahkamah Tinggi Britain mendesak kerajaan negara itu mengemukak­an rancangan untuk menangani pencemaran nitrogen dioksida haram yang kebanyakan­nya berpunca daripada diesel.

Laporan draf diterbitka­n pada Mei lalu, manakala yang penuh ditangguhk­an akibat pilihan raya yang diadakan bulan lepas.

Kerajaan akan memberikan £255 juta (RM1.4 juta) kepada majlis perbandara­n untuk menurunkan tahap nitrogen dioksida ke tahap dibenarkan.

Antara perkara yang mungkin dilaksanak­an termasuk membuang bonggol di jalan raya, memprogram semula lampu isyarat dan mengubah tata atur jalan.

Penyokong kempen itu mahukan bandar-bandar di Britain mengenakan bayaran terhadap pemandu diesel di kawasan tertentu, tetapi pihak berkuasa hanya dibenarkan berbuat demikian jika

Britain akan laksanakan perubahan mulai 2040 untuk kurangkan pencemaran udara

tiada pilihan lain.

Ini kerana kerajaan tidak mahu ‘menghukum’ pemandu sewenang-wenangnya.

“Keadaan ini bukan salah pemandu kereta diesel. Disebabkan itu, untuk membantu mereka bertukar kepada kenderaan lebih mesra alam, kerajaan akan memikirkan skim bayaran untuk kereta lama bagi mereka yang terjejas akibat peraturan baru,” kata jurucakap kerajaan.

Kumpulan ClientEart­h yang memperjuan­gkan kes itu mendakwa rancangan yang dicadangka­n sebelum ini gagal menurunkan tahap pencemaran kepada kadar dibenarkan Kesatuan Eropah (EU).

Ia turut memberi amaran ‘masalah kesihatan akibat pendedahan kepada tahap pencemaran udara kini sudahpun berlaku menyebabka­n tindakan segera diperlukan.’

Pencemaran udara menyumbang kepada kematian lebih 40,000 orang setahun di Britain, menurut rekod pihak berkuasa, dengan nitrogen dioksida antara punca utamanya.

 ??  ?? GAMBAR hiasan, keadaan trafik di sebuah bandar
di Britain. - Agensi
GAMBAR hiasan, keadaan trafik di sebuah bandar di Britain. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR dimuat naik pelajar berkenaan menunjukka­n jawapan yang dilekatkan pada kukunya yang panjang. - Agensi
GAMBAR dimuat naik pelajar berkenaan menunjukka­n jawapan yang dilekatkan pada kukunya yang panjang. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia