Harian Metro

Sudah sedia

- Agensi

Pertubuhan Kereta Api Saudi (SRO) semalam melakukan cubaan penuh kereta api berkelajua­n tinggi Haramain dari Jeddah ke Madinah.

Dengan kelajuan 330 kilometer sejam, kereta api baru itu akan mengurangk­an masa perjalanan antara dua bandar raya berkenaan kepada 90 minit sahaja.

Timbalan Gabenor Makkah, Putera Abdullah Bin Bandar Bin Abdulaziz, Menteri Pengangkut­an Sulaiman Al-Hamdan, pegawai dari Sepanyol bersama pegawai SRO dan wakil media antarabang­sa turut menaiki kereta api itu untuk perjalanan percubaan berkenaan.

Ia berlepas dari stesen Al-Sulaimania­h di Jeddah dengan membawa 470 penumpang sebelum berhenti selama sejam 15 minit di Bandar Ekonomi Raja Abdullah di Rabigh dan meneruskan perjalanan ke Madinah dengan kelajuan antara 300 hingga 330 kilometer sejam.

Landasan kereta api laju itu ialah rangkaian sejauh 450 kilometer yang akan menghubung­kan Makkah dan Madinah menerusi stesen di lapangan terbang baru di Jeddah dan Bandar Ekonomi Raja Abdullah berhampira­n Rabigh dengan kemampuan kelajuan sehingga 360 kilometer sejam.

“Kami sudah bersedia untuk pelancaran secara rasmi. Semuanya berjalan lancar,” kata pengurus projek, Mariano De La Vega.

Arab Saudi dijangka menerima kira-kira 35 kereta api berkelajua­n tinggi itu. Setakat ini, 11 sudah tiba dan sudah bersedia untuk memulakan operasi.

Kereta Api Laju Haramain lakukan cubaan penuh dari Jeddah ke Madinah

 ??  ?? PEGAWAI, pakar dan wakil media antarabang­sa di stesen Al-Sulaimania­h di Jeddah sebelum menaiki kereta api itu ke Madinah. - SG
PEGAWAI, pakar dan wakil media antarabang­sa di stesen Al-Sulaimania­h di Jeddah sebelum menaiki kereta api itu ke Madinah. - SG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia