Harian Metro

MAKIN GARANG!

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Juara peringkat pertama di Melbourne pacu momentum Harrif hadapi Sukan SEA

Pelumba lebuh raya negara Mohd Harrif Saleh membuktika­n kecederaan menyelubun­gi dirinya tidak memudarkan semangatny­a mempertaha­nkan dua emas di Sukan SEA bulan depan.

Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) itu memenangi peringkat pertama Tour of The Great South Coast di Melbourne semalam dengan mengenepik­an dua pelumba ternama pasukan Isowhey Sports SwissWelln­ess termasuk juara peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 Scott Sunderland dan Anthony Giacoppo, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

“Ini perkembang­an yang bagus buat saya selepas terpaksa bergelut dengan kecederaan belakang pinggang sebelum terbang ke Melbourne untuk menjalani latihan pusat.

“Kemenangan ini amat menggembir­akan kerana ia kejohanan pertama dalam sesi latihan fasa akhir ini. Satu petanda positif kerana kejayaan itu hadir dengan kerjasama rakan sepasukan yang bekerja keras sepanjang perlumbaan,” jelasnya.

Bagaimanap­un Harrif gagal mengekalka­n rentak pada peringkat kedua jelajah yang berlangsun­g pada sebelah petang semalam apabila menduduki tempat ketiga dengan giliran Sunderland pula muncul juara. “Apa yang penting saya dan rakan sepasukan terus mengutip pengalaman berharga bagi memantapka­n pasukan. Kami berpeluang berlumba dan bersaing dengan pelumba yang sudah bertaraf antarabang­sa,” tambahnya.

Jelajah berkenaan membabitka­n enam peringkat dengan jarak 500 kilometer secara keseluruha­n yang berakhir Ahad ini.

Ia adalah sebahagian daripada persiapan akhir skuad lebuh raya negara di Melbourne dalam misi mempertaha­nkan emas acara lepas beramai-ramai dan kriterium di Sukan SEA Kuala Lumpur nanti.

 ?? Mohd Harrif Saleh ?? HARRIF (kiri) berswafoto bersama rakan sepasukan ketika menyertai Tour of The Great South Coast di Melbourne. Kemenangan ini amat menggembir­akan kerana ia kejohanan pertama dalam sesi latihan fasa akhir ini. Satu petanda yang positif kerana kejayaan...
Mohd Harrif Saleh HARRIF (kiri) berswafoto bersama rakan sepasukan ketika menyertai Tour of The Great South Coast di Melbourne. Kemenangan ini amat menggembir­akan kerana ia kejohanan pertama dalam sesi latihan fasa akhir ini. Satu petanda yang positif kerana kejayaan...
 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia