Harian Metro

Nasib Jin Wei hari ini...

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen mengakui peluang Goh Jin Wei (gam

bar) untuk beraksi di Sukan SEA bulan depan bergantung kepada pemeriksaa­n di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.

Menurutnya, beliau melihat sendiri pemain perseorang­an wanita itu mengalami kecederaan ketika pertemuan menentang Indonesia pada separuh akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Remaja Asia di Jakarta.

“Apa yang berlaku dilihat kurang serius tapi saya tidak boleh membuat kesimpulan dan sebaik tiba di Malaysia hari ini (semalam) Jin Wei akan terus mendapat rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) esok (hari ini).

“Dia akan menjalani imbasan MRI (Pengimejan Resonan Magnetik) dan kita tunggu laporan doktor,” katanya.

Menurut legenda badminton Denmark itu, selepas mendapat laporan doktor baru mereka boleh mengetahui keadaan Jin Wei dan melakukan perancanga­n untuk tindakan seterusnya.

Ditanya adakah masih sempat untuk BAM membariska­n pemain lain jika Jin Wei tidak dapat beraksi di Sukan SEA, beliau berkata perkara itu boleh dilakukan atas alasan kecederaan.

“Sudah tentu pertukaran pemain boleh dibuat berdasarka­n senarai panjang yang kita hantar sebelum ini. Pemain yang berada dalam senarai sebelum ini boleh dibawa masuk, jika kita memerlukan khidmat mereka,” katanya.

Sasaran dua emas, dua perak dan empat gangsa juga dilihat agak keterlalua­n bagi Frost namun menganggap­nya bukan mustahil kerana pada edisi terdahulu pasukan badminton berjaya meraih dua emas, empat perak dan dua gangsa.

 Frost tunggu keputusan ISN sebelum tukar pemain

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia