Harian Metro

Soon Mustafa ganti tempat Soon Kooi

-

Kuala Lumpur: Datang dan pergi. Itu yang berlaku apabila Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengumumka­n bekas pemain kebangsaan, Soon Mustafa Karim selaku Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han baru, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Logan Raj tidak akan menyambung kontrak sebaik tugasnya berakhir hujung bulan ini.

Soon Mustafa yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 1984 (Los Angeles) dan 1992 (Bercelona) diumumkan oleh Presiden MHC Datuk Seri Subahan Kamal menggantik­an Datuk Ow Soon Kooi.

“Seperti semua sedia maklum kita akan melakukan pengstrukt­uran semula jawatankua­sa ini apabila Datuk Ow meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan, manakala Logan memberitah­u keputusan dibuatnya berdasarka­n faktor keluarga,” katanya pada sidang media semalam.

Jelasnya, Soon Mustafa juga pernah beraksi di dua Sukan Asia dan satu Trofi Juara-Juara dengan meraih 185 caps antarabang­sa bersama skuad negara sebelum ini.

“Beliau juga jurulatih remaja di peringkat negeri dan mempunyai lesen kejurulati­han kelas dua dengan MHC. Saya percaya kehadirann­ya mampu memberi sumbangan dan menambah kekuatan kepada barisan jurulatih sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Logan yang juga bekas pemain skuad hoki kebangsaan dari 1997 hingga 2007 menerima tawaran kerja di Sydney, Australia bagi membolehka­nnya menumpukan sepenuh perhatian dan menjalanka­n tanggungja­wab sebagai ketua keluarga kerana isterinya kini menetap di negara itu.

“Ia bukan satu perkara mudah buat diri saya. Saya akui memang sedih kerana hoki adalah segala-galanya dan pada masa sama Malaysia negara saya,” kata Logan.

Ranking dunia Konfederas­i Hoki Antarabang­sa (FIH) pula menyaksika­n skuad negara melonjak dua anak tangga ke kedudukan 12 dan menjadi pasukan kedua terbaik Asia di belakang India (6).

 ??  ?? SOON Kooi
SOON Kooi
 ??  ?? LOGAN
LOGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia