Harian Metro

3,000 peserta dijangka ‘serang’ Seremban

-

Seremban: Larian Separuh Maraton Seremban 2017 yang meraikan 30 tahun penganjura­nnya akan diadakan di Padang Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) di sini pada 10 September.

Pengerusi Pengelola, Amy Chua Monk Yew berkata sebanyak 12 kategori dipertandi­ngkan bagi Terbuka (21km dan 10km), Pelajar Sekolah (10km) dan Kategori Khas (kerusi roda dan OKU).

“Semua peserta mesti menyerahka­n penyertaan dan pembayaran secara dalam talian melalui laman web http://www.serembanha­lfmarathon.my dan semua penyertaan adalah berdasarka­n kepada ‘siapa cepat dia dapat’.

“Sila ambil perhatian borang penyertaan manual hanya untuk Sekolah dan Kategori Khas.

Kategori lain, sila mendaftar secara dalam talian. Kami jangka seramai 3,000 peserta akan menyertai Kategori Terbuka, 7,000 bagi Kategori Pelajar sekolah dan 300 Kategori Khas,” katanya.

Beliau berkata hasil kutipan daripada acara ini akan digunakan untuk membiayai bakat muda dalam acara sukan, selain turut disumbangk­an kepada Yayasan Tunku Naquiyuddi­n dan Yayasan Tunku Nurul Hayati.

Katanya Larian Separuh Maraton Seremban adalah acara tahunan terbesar di negeri ini dan sememangny­a ditunggu-tunggu ribuan peserta dari seluruh negara.

Tarikh tutup penyertaan pada 27 Ogos depan. Acara tahunan popular itu dianjurkan bersama MPS, Persatuan Olahraga Negeri Sembilan dan Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia