Harian Metro

Honda hulur tajaan

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTBGP) 2017 menjadi antara platform bagi Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) mempromosi model baru kenderaan jenamanya.

Ketua

Perhubunga­n Awam Honda Malaysia Iris Leong berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada kejohanan itu sejak tiga edisi sebelum ini.

Industries Sdn Bhd (LeRun) Marcus Leong berkata, perkhidmat­an servis dan mencuci basikal itu percuma untuk peserta memiliki basikal jenama Polygon.

Katanya, bagi peserta yang memiliki basikal jenama lain tetapi mahu menggunaka­n khidmat mereka akan dikenakan bayaran minimum.

“Pihak kami juga akan memberikan cenderahat­i khas kepada mereka yang menggunaka­n perkhidmat­an kami tapi bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

“Selain itu, pengunjung kejohanan ini juga berpeluang mencuba model terbaru

“Kali ini, kami terus menunjukka­n komitmen dan komited untuk menjadi penaja kepada program sihat Harian Metro itu kerana penganjura­n sebelum ini sangat memberangs­angkan.

“Pembanguna­n sukan basikal lasak di Malaysia juga membuatkan kami yakin dengan keupayaann­ya menarik minat orang ramai menyaksika­n kejohanan itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Iris, kehidupan aktif yang ditunjukka­n menerusi kejohanan itu memberi peluang kepada mereka mempamerka­n Honda Jazz dan CRV yang sesuai sebagai kenderaan bagi yang minat bersukan.

“Penganjura­n HMMTBGP memberi inspirasi kepada syarikat kami mempromosi kereta jenama Honda kepada umum.

“Kami akan membuka gerai pameran sepanjang perlumbaan untuk menampilka­n Honda Jazz Hybrid yang terbaru,” katanya.

HMMTBGP 2017 bermula 29 Julai ini akan diadakan di Bukit Merah Laketown Resort di Perak.

 Buka gerai pameran sepanjang perlumbaan, perkenal model baru

basikal Polygon Xquarone,” katanya.

Marcus berkata, Polygon turut memberikan diskaun sehingga RM180 untuk pembelian basikal model XcXtrada atau Siskiu di beberapa kedai terpilih.

Menurutnya pihaknya berbesar hati dapat bekerjasam­a dan menaja kejohanan anjuran Harian Metro kerana beranggapa­n akhbar itu menyokong industri berbasikal negara.

“Kami juga akan menghantar dua penunggang rasmi basikal Polygon dan menjemput ahli lain bagi memeriahka­n saingan,” katanya.

 ??  ?? IRIS (kanan) menyerahka­n empat kereta Honda kepada wakil HMMTBGP 2017 Mohd Napi Ibrahim di Honda Malaysia Petaling Jaya, semalam.
IRIS (kanan) menyerahka­n empat kereta Honda kepada wakil HMMTBGP 2017 Mohd Napi Ibrahim di Honda Malaysia Petaling Jaya, semalam.
 ??  ?? PEKERJA Polygon pada sidang media sempena Majlis Pelancaran HMMTB 2017.
PEKERJA Polygon pada sidang media sempena Majlis Pelancaran HMMTB 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia