Harian Metro

Jerman makin hampir pertahan kejuaraan

-

Belanda: Juara bertahan Jerman menewaskan Russia 2-0 untuk menempah pertemuan suku akhir Euro wanita menentang Denmark manakala Sweden turut layak ke peringkat kalah mati sekalipun tewas 2-3 kepada Itali, kelmarin.

Di Utrecht, Babett Peter

menyumbat menerusi sepakan penalti pada minit ke-10 dan kapten Dzsenifer Marozsan menyempurn­akan satu lagi penalti pada minit ke-56 bagi mengesahka­n kemenangan dominan Jerman.

Babett meledak penalti keduanya dalam dua perlawanan selepas Daria Makarenko menjatuhka­n Mandy Islacker dalam kotak penalti, manakala Dzsenifer menghukum kekasaran Margarita Chernomyrd­ina ke atas

(gambar)

Sara Dabritz.

Di Doetinchem, Daniela Sabatino meletakkan Itali di depan selepas empat minit namun Lotta Schelin menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti berikutan kekasaran terhadap Stina Blacksteni­us oleh Federica Di Criscio.

Daniela meletakkan Itali di depan sekali lagi sebelum rehat apabila dia merembat masuk hantaran lintang Linda Tucceri Cimini.

Stina menyamakan kedudukan buat Sweden dua minit selepas rehat namun Cristiana Girelli memastikan kemenangan Itali lima minit sebelum tamat.

Sweden tetap layak sebagai naib juara kumpulan di sebalik kekalahan itu dan berdepan tuan rumah Belanda bagi memburu tempat ke separuh akhir. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia