Harian Metro

CITY ‘TAK PUAS’ Morata segera cetus impak

- AFP

 Tambah dana beli pemain baru pada musim panas ini

Singapura: Pemain baru Alvaro Morata membantu satu gol dalam penampilan sulungnya buat juara Liga Perdana, Chelsea kelmarin namun dikecewaka­n dengan dua gol Thomas Mueller ketika Bayern Munich menang 3-2 di Singapura.

Penyerang kebangsaan Sepanyol itu menyertai Chelsea dari Real Madrid dalam perjanjian yang dilaporkan mencecah

Los Angeles

Pep Guardiola mengesahka­n Manchester City “masih memburu” pemain sekali gus menambah jumlah perbelanja­an £200 juta (RM1.1 bilion) pada musim panas ini sekalipun beliau enggan memberi komen kemungkina­n merampas usaha Real Madrid membeli Kylian Mbappe. 80 juta euro (RM399 juta) minggu lalu, tampil dari bangku simpanan dengan berbaki 30 minit pada aksi persahabat­an itu.

Morata mencetus impak tidak lama kemudian, menampan satu sepakan sudut buat disudahkan Michy Batshuayi dan memastikan penamat getir bagi aksi persahabat­an pramusim yang menyaksika­n kedua-dua kelab menurunkan pasukan terkuat.

Bos Chelsea, Antonio Conte, pasukannya bertahan dengan teruk selepas ketinggala­n 0-3, memuji Morata namun menyatakan terlalu awal untuk menilai persembaha­nnya.

“Dia pembelian yang bagus tapi lebih baik memberikan­nya masa untuk menyesuaik­an diri dengan kaedah dan idea bola sepak kami,” ujar Conte. - AFP

City menjadi pendahulu dalam pasaran perpindaha­n pemain selepas melakar rekod Liga Perdana dengan keseluruha­n £200 juta untuk membawa masuk Benjamin Mendy, Bernardo Silva, Kyle Walker, Ederson, Danilo dan Douglas Luiz ke Etihad.

Namun mereka dilihat akan meneruskan usaha membeli pemain selepas dikaitkan dengan perpindaha­n buat penyerang Arsenal, Alexis Sanchez dan penyerang remaja Monaco, Mbappe.

Mbappe sudah berada dalam radar City sepanjang musim panas ini, sekalipun ada laporan kukuh di Sepanyol bahawa Real bersetuju dengan bayaran £160 juta (RM894 juta) terhadap pemain berusia 18 tahun itu. Menjelang pertemuan Piala Juara-Juara Antarabang­sa menentang Real Madrid di Los Angeles hari ini, Guardiola enggan berbicara mengenainy­a.

“Mereka pemain Monaco dan Arsenal, jadi tiada apa yang hendak diperkatak­an,” ujarnya.

Namun beliau mengesahka­n

City masih melihat beberapa pilihan pemain dalam pasaran.

“Kami mempunyai dua penyerang luar biasa Gabriel (Jesus) dan

Sergio (Aguero),” katanya.

“Kami akan lihat.

“Pasaran berakhir pada 31 Ogos, yang mana tidak bagus buat pengurus.

“Saingan (Liga Perdana) bermula pada 12 (Ogos) dan pasaran masih dibuka. Ia tidak bagus buat semua kelab.

“Kami akan lihat hingga berakhirny­a jendela perpindaha­n.”

Mendy muncul pembelian terbaru City awal minggu ini apabila pertahanan kiri itu tiba dari Monaco dalam perjanjian bernilai £52 juta (RM290 juta).

 ??  ?? WALKER
DANILO
MENDY
WALKER DANILO MENDY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia