Harian Metro

Emas belum pasti

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

 Kim Swee tetap anggap skuad Gajah Perang calon pilihan

Kejayaan melakar sejarah layak ke pusingan akhir Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China Januari 2018 bukan jaminan untuk skuad bawah 22 tahun negara (B-22) menggengga­m emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

Hakikat itu diakui sendiri pengendali Datuk Ong Kim Swee yang masih meletakkan juara bertahan Thailand sebagai calon pilihan selain menganggap Vietnam dan Indonesia turut mampu menjadi pencabar utama.

“Cabaran di Sukan SEA memang sengit, saya jangkakan Thailand tetap pasukan pilihan meskipun mereka hanya menjadi naib juara di belakang kita pada kempen kelayakan AFC (B-23) di Bangkok.

“Indonesia walaupun tewas dengan kita (0-3) tapi mereka berjaya seri dengan

Thailand, manakala

Vietnam dalam kempen kelayakan hanya kalah sekali dengan Korea Selatan 1-2.

‘’Jadi, sekarang semua pasukan yang akan bertanding di Sukan SEA sudah tahu kelemahan dan kekuatan pasukan lawan jadi cabaran akan lebih sengit. Kita boleh jangkakan, tiada perlawanan yang mudah pada Sukan SEA nanti,” katanya.

Anak buah Kim Swee mendapat tonik terbaik menjelang Sukan SEA apabila muncul juara Kumpulan H kelayakan AFC B-23 hasil kemenangan ke atas Indonesia (3-0) dan Mongolia (2-0).

Bagaimanap­un, mereka tewas 0-3 kepada pasukan tuan rumah Thailand yang menamatkan saingan di tangga kedua selepas seri dengan Mongolia (1-1) dan Indonesia (0-0).

Skuad muda negara turut mencatat kemenangan 2-0 menentang Myanmar, naib juara Sukan SEA 2015 pada aksi persahabat­an antarabang­sa sebelum ke Bangkok.

Pada Sukan SEA kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei.

Kim Swee yang pernah membimbing pasukan memenangi emas Sukan SEA 2011 Jakarta menyatakan masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapka­n pasukannya.

“Banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi. Saya masih belum memuktamad­kan lagi barisan pemain, mungkin saya akan melakukan perubahan dalam pasukan tapi tidak begitu besar kerana masa agak singkat,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia