Harian Metro

‘Gaji mereka bukan murah’

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

“Untuk apa membazir, jurulatih tempatan juga berkualiti dan bagus.”

Itu pandangan Bakri Ibni yang menganggap kecenderun­gan pengurusan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggunaka­n kepakaran luar sebagai langkah kurang tepat.

Bakri, 65, yang juga bekas pemain negara serta pernah melatih skuad Harimau Malaya selaku penolong jurulatih bersama Rahim Abdullah pada 1991, berpandang­an FAM bagaikan sudah lupa sejarah apabila kehadiran jurulatih import sebelum ini langsung tidak berjaya mengubah nasib bola sepak tempatan.

Bermula dengan kehadiran pengendali Perancis Claude Le Roy pada 1994 sebelum FAM membawa masuk Hatem Souissi (Tunisia), disusuli Allan Harris (England) dan Bertalan Bicskei (Hungary) semuanya gagal memberi jawapan kepada kemerosota­n pasukan kebangsaan.

Sebaliknya, selepas badan induk itu membuka peluang kepada jurulatih tempatan untuk membimbing skuad negara pada 2007 sudah banyak kejayaan dilakar seperti menjuarai Piala AFF 2010 serta dua kali memenangi emas Sukan SEA 2009 dan 2011.

“Niat (meningkatk­an prestasi pasukan kebangsaan) FAM itu baik, tapi betul ke ada jaminan pasukan negara boleh berubah.

“Nak bayar gaji mereka bukannya murah. FAM pula selalu kata mereka tak ada duit, tapi masih sanggup nak bayar gaji jurulatih import.

“Baik guna saja orang tempatan yang saya kira tetap mempunyai kualiti sama hebat seperti jurulatih asing. Kalau tak lantik jurulatih tempatan sebagai pengendali pasukan senior sekalipun, lantik mereka untuk skuad remaja,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

FAM membuat rombakan besar-besaran kepada barisan kejurulati­han negara pada Mac lalu apabila melantik pengendali dari Portugal Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantik­an Datuk Ong Kim Swee yang diturunkan pangkat ke pasukan bawah 22 (B-22) negara.

Malah, jawatan pengendali skuad B-19 tahun negara juga diisi jurulatih luar Bojan Hodak yang sebelum ini sering diberikan kepada

(gambar)

apabila skuad B-15 tahun negara bakal beraksi secara automatik di Piala AFC tahun depan.

Berita gembira itu menyusul selepas skuad B-22 layak ke aksi Piala AFC B-23 Januari depan selepas menjuarai Kumpulan H dalam pusingan kelayakan berakhir di Thailand, Ahad lalu.

“Pengesahan Malaysia menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala AFC tahun depan sememangny­a memberi kelebihan buat pasukan Teong Kim untuk memburu tiket ke Piala Dunia Remaja B-17 pada 2019 nanti.

“Tentunya kita mengharapk­an tuah gelanggang sendiri dapat membantu kita layak hingga ke separuh akhir Piala AFC itu nanti. Apapun, kita tak boleh leka sebaliknya masih banyak kelemahan harus diperbaiki menjelang saingan tahun depan,” anak tempatan.

“Sekarang dengar pula kemungkina­n tempat Kim Swee selaku jurulatih B-22 juga tak selamat. Beliau antara contoh jurulatih tempatan yang bagus, saya harap FAM tidak akan mengetepik­an Kim Swee,” katanya.

Ahad lalu, Kim Swee membuktika­n sentuhanny­a masih berbisa walaupun hanya memiliki skuad tempang apabila melakar sejarah baru mara ke Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan.

Bagaimanap­un, kedudukan pengendali yang berasal dari Melaka itu untuk bersama pasukan di pusingan akhir masih samar apabila kontraknya bakal berakhir hujung tahun ini.

Nasib beliau akan ditentukan Jawatankua­sa Teknikal FAM diketuai Pengarah Teknikal baru badan induk itu, Peter De Rooi yang bakal memulakan tugasnya 1 September ini.

 Bakri pertikai tindakan FAM guna kepakaran luar latih Harimau Malaya

katanya.

Berdasarka­n format kelayakan ke Piala Dunia Remaja B-17, Malaysia harus menamatkan kempen selaku empat pasukan terbaik Piala AFC B-16 tahun depan untuk merebut slot dari benua Asia.

 ?? Safirul Azli Abu Bakar ?? BAKRI Saya percaya Lim Teong Kim tidak memandang ringan, biarpun secara automatikn­ya kita sudah layak ke Piala AFC”
Safirul Azli Abu Bakar BAKRI Saya percaya Lim Teong Kim tidak memandang ringan, biarpun secara automatikn­ya kita sudah layak ke Piala AFC”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia