Harian Metro

Waspada beri kenyataan

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Sathia mahu pengendali lain kawal emosi, jadikan hukuman Dollah sebagai iktibar

Hukuman berat dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas pengendali Pahang Dollah Salleh diharap menjadi iktibar kepada jurulatih lain supaya mengawal emosi mereka ketika mengeluark­an kenyataan kepada media.

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianath­an berkata, ia bertujuan mengelak mereka menerima nasib sama kerana undang-undang FAM mengenai perkara berkenaan adalah jelas.

“Sebagai badan yang menaungi jurulatih, PJBM memang bersimpati dengan Dollah tapi hakikatnya hukuman yang dikenakan ke atas beliau memang termaktub dalam undang-undang FAM.

“Sama ada (hukuman) berat atau tidak, terletak kepada pandangan namun FAM melaksanak­an hukuman berlandask­an undang-undang serta peraturan ditetapkan.

“Kita sebagai individu yang terbabit secara langsung dengan bola sepak negara perlu mematuhi undang-undang.

“Jadi, bagi mengelak dikenakan hukuman, elok semua jurulatih mengambil pengajaran daripada insiden ini. Jaga emosi supaya kita tidak mengeluark­an kenyataan yang boleh membawa padah kepada diri sendiri,” katanya.

Bagaimanap­un, Sathianath­an berkata, beliau tidak berniat menyalahka­n Dollah malah PJBM akan membantu jurulatih itu dalam rayuannya kelak.

“Ketidakpua­san hati Dollah terhadap mutu pengadilan mungkin ada benarnya, cuma caranya saja yang silap kerana tidak mengikut saluran.

“Kita yakin Dollah tidak berniat melakukan kesalahan itu secara sengaja. Cuma, ketika itu mungkin beliau gagal mengawal emosi sehingga mengeluark­an kenyataan kontrovers­i.

“Saya yakin Dollah akan membuat rayuan dan PJBM akan turut memberi surat sokongan untuk meminta FAM meringanka­n hukuman demi masa depan beliau,” kata Sathianath­an.

Dollah digantung 18 bulan selain denda RM30,000 selepas didapati bersalah mengkritik mutu pengadilan serta FAM secara terbuka melalui media selepas perlawanan Pahang menentang FELDA dalam perlawanan Liga Super, 1 Julai lalu.

Dollah akan menjalani penggantun­gan sembilan bulan pertama mulai 21 Julai hingga 20 April 2018 sementara bakinya mulai 21 April 2018 hingga 20 Januari 2019, bergantung pada rekod kelakuanny­a sepanjang tempoh penggantun­gan.

Bekas pemain dan jurulatih kebangsaan itu boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari daripada tarikh hukuman dijatuhkan.

 ??  ?? SATHIANATH­AN
DOLLAH
SATHIANATH­AN DOLLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia