Harian Metro

PKNP makin ghairah

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Batu Kawan: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC terus ghairah memburu kedudukan teratas liga apabila mengalahka­n Perlis 2-0 di Stadium Negeri, malam kelmarin.

Gol PKNP diperoleh menerusi Muhamad Shahrel Fikri pada minit ke-43 dan Muhamad Hafiz Ramdan (m-71).

PKNP kini menduduki tangga keempat selepas mengumpul 37 mata dan hanya dipisahkan menerusi perbezaan jaringan dengan Negeri Sembilan di tangga ketiga.

Jurulatih PKNP Abu Bakar Fadzim berkata, saingan liga masih jauh dan mereka akan terus berusaha memberi tekanan kepada pasukan teratas terutama Kuala Lumpur dan Terengganu.

Katanya, jadual perlawanan padat juga memberi kesan terhadap PKNP hingga memaksa beliau menggantik­an pemain import dari Korea Selatan, Hyeon Woo Kim dengan Vincent Weijl.

“Percaturan untuk menukar Hyeon dengan Vincent berlaku di saat akhir tapi berbaloi apabila sepakan sudut diambilany pada hujung babak pertama menghasilk­an gol.

“Kami berjaya bertahan untuk keluar sebagai pemenang walaupun Perlis cuba bangkit memberikan saingan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Perlis Syamsul Mohd Saad berkata banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikan pasukannya mampu bersaing bagi menamatkan saingan liga musim ini.

“Kami perlu menang dalam semua perlawanan menentang UiTM, JDT II, Sabah serta ATM selepas ini dengan 12 mata untuk mengelak daripada tersingkir ke liga lebih bawah,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN PKNP Gilberto Valdenesio (kiri) diasak pemain Perlis Muhammad Nasharizam.
PEMAIN PKNP Gilberto Valdenesio (kiri) diasak pemain Perlis Muhammad Nasharizam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia