Harian Metro

Utamakan kepentinga­n negara

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak boleh mementingk­an diri sebaliknya perlu memberikan kerjasama serta sokongan terhadap setiap keperluan badan induk jika mahu melihat pasukan kebangsaan berjaya di pentas antarabang­sa.

Pandangan itu dilontarka­n Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, ahli gabungan harus akur dengan setiap keperluan terutama membabitka­n pemain skuad kebangsaan kerana FAM memerlukan sokongan dan kerjasama dalam membentuk pasukan mantap.

“Dalam isu pelepasan pemain skuad bawah 22 tahun negara (B-22), kita kena akur terhadap permintaan FAM kerana pemain beraksi untuk negara.

“Ahli gabungan perlu memberi pelepasan kepada pemain mereka yang diperlukan untuk menyertai skuad B-22 ketika menghadapi kejohanan antarabang­sa.

“Seharusnya tidak timbul isu berkaitan ketiadaan pemain bagi sesetengah pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) kerana ada negeri lain yang rela melepaskan pemain mereka tanpa masalah,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan Exco, semalam.

Baru-baru ini, latihan dan persiapan skuad B-22 bimbingan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, terjejas selepas beberapa pasukan negeri enggan melepaskan pemain masing-masing.

Bagaimanap­un, Malaysia tetap berjaya membuktika­n kemampuan apabila layak ke pusingan akhir di China tahun depan selepas muncul juara Kumpulan H.

Negeri Sembilan antara pasukan memberikan komitmen terhadap permintaan FAM itu apabila melepaskan tiga pemain iaitu Sean Eugene Selvaraj, L Kalaiharas­an dan Fauzan Fauzi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia