Harian Metro

Kagum semangat juang pemain

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kata-kata perangsang pengendali Terengganu Irfan Bakti Abu Salim (gambar) ketika di bilik persalinan berjaya menyuntik semangat anak buahnya bangkit daripada ketinggala­n sebelum seri 2-2 pada perlawanan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Sejurus tamat perlawanan, Irfan bingkas menghambur pujian buat anak buahnya dan menyifatka­n kejayaan bangkit selepas ketinggala­n dua gol didorong semangat tidak mudah berputus asa pemain Terengganu.

“Sudah tentu saya berpuas hati dengan persembaha­n pemain terutama pada babak kedua perlawanan sehingga berjaya meledak dua gol untuk menyamakan kedudukan biarpun bukan mudah.

“Namun, kebangkita­n dan karektor yang dibuktikan pemain ternyata memberi kelegaan kepada kem Terengganu untuk sekurang-kurangnya dapat mengutip satu mata di tempat sendiri walaupun terpaksa melepaskan takhta teratas liga kepada Kuala Lumpur,” kata Irfan.

Terdahulu, perlawanan dijadualka­n bermula jam 9 malam itu terpaksa ditangguhk­an 40 minit oleh pengadil Fitri Maskon kerana hujan lebat.

Dalam perlawanan itu, penyerang import baru Terengganu, Tchetche Kipre meledak dua jaringan pada babak kedua selepas pelawat memperoleh dua gol sebelum renat menerusi Jonathan Behe.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan Mohd Asri Ninggal kecewa dengan pemainnya yang gagal memanfaatk­an kelebihan selepas mendahului dua gol.

“Saya sukar menerima keputusan seri ini, kami mendahului sehingga minit terakhir perlawanan tapi kealpaan benteng pertahanan membolehka­n Terengganu menyamakan kedudukan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia