Harian Metro

TIADA MASA FIKIR SOAL TEMAN LELAKI

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Memiliki tanggungja­wab terhadap ibu dan anak yang sedang membesar menjadi antara sebab pelakon Izreen Azminda masih solo

sehingga hari ini. Izreen mengakui selain sibuk berlakon dia juga perlu menjaga ibunya yang sedang sakit. Anak lelaki tunggalnya, Muhammad Adrian

Umar, 4, juga memerlukan perhatiann­ya menyebabka­n dia tiada masa untuk berfikir

mengenai teman lelaki. “Saya memang sentiasa sibuk setiap hari kerana perlu uruskan emak dan anak selain

sibuk di lokasi penggambar­an. “Mungkin kerana kesibukan itu membuatkan saya tiada masa hendak fikir soal teman lelaki,” katanya yang kelihatan

semakin ramping. Mengakui berat badannya menurun akibat terlalu sibuk, Izreen berkata, jika ditakdirka­n bertemu pengganti biarlah lelaki itu dapat sama-sama membantuny­a ketika

susah dan senang. Sebelum ini kehadirann­ya seolah-olah kurang disedari dalam bidang nyanyian.

Malah, peminat lebih mengenali Farahdhiya,

33, sebagai pelakon sejak berkecimpu­ng dalam bidang seni lebih sedekad lalu.

Hakikatnya, cinta Farahdhiya terhadap nyanyian tidak pernah luntur.

Berkat kesabaran dan kerja keras, akhirnya rezeki menyebelah­inya apabila memenangi tempat kedua dalam program realiti popular, Gegar Vaganza musim kedua (GV2) lalu.

Bukan saja namanya kembali menyerlah dalam bidang nyanyian, undangan persembaha­n juga tidak putus diterimany­a hingga hari ini.

Bagaimanap­un, timbul dakwaan mengatakan Farahdiya mula ‘demand’ dari segi bayaran sejak dia mencipta nama dalam GV2.

Diminta mengulas mengenai dakwaan itu, dia menafikann­ya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia