Harian Metro

Perlu fikir banyak perkara

- DARI MUKA 1

Izreen juga pastikan lokasi penggambar­an tidak jauh

demi ibu, anak

“Apabila sudah bergelar ibu tunggal dan ada anak, untuk mencari pengganti suami saya perlu fikirkan banyak perkara.

“Selain boleh menerima saya dan anak seadanya, dia perlulah bersama-sama membantu dalam pelbagai perkara kerana saya banyak tanggungja­wab untuk bayar segala keperluan.

“Saya perlu bayar ansuran rumah, kereta dan pelbagai lagi. Sebab itulah saya perlu bekerja dan jika berkahwin biarlah pasangan boleh bantu ringankan beban dan bukan tambah beban,” katanya.

Bakal muncul dengan filem Blok 404 hujung tahun ini, Izreen juga terpaksa memilih tawaran berlakon dengan memastikan lokasi tidak jauh dan tidak mengambil masa yang lama.

“Saya perlu pilih tawaran berlakon. Tidak hanya pada watak tetapi biarlah lokasinya tak jauh yang tidak memerlukan saya meninggalk­an ibu dan anak dalam tempoh lama.

“Buat sementara waktu ini saya hanya menerima tawaran berlakon telefilem. Lagipun, terlalu banyak watak sama yang ditawarkan,” katanya.

Izreen berkata, dia berharap selepas ini diberi peluang bawa watak lebih berat dan berlainan daripada yang sering diterima sebelum ini.

“Saya kerap diberikan watak komedi, bosan juga kerana bimbang penerbit lain fikir saya tidak mahu cuba watak lain.

“Kerana itu saya cuba kurangkan watak komedi dan akan lebih teliti terhadap peranan yang diberi selepas ini.

“Secara tidak langsung ini memberi peluang untuk saya lebihkan masa menjaga emak dan anak apabila tidak sibuk,” katanya. -Syanty Octavia Amry

 ??  ?? Saya perlu bayar ansuran rumah, kereta dan pelbagai lagi. Sebab itulah saya perlu bekerja dan jika berkahwin biarlah pasangan boleh bantu ringankan beban dan bukan tambah beban
Saya perlu bayar ansuran rumah, kereta dan pelbagai lagi. Sebab itulah saya perlu bekerja dan jika berkahwin biarlah pasangan boleh bantu ringankan beban dan bukan tambah beban

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia