Harian Metro

‘GV2 adalah detik terindah’

- DARI MUKA 1

Farahdhiya harap dapat peluang buat ‘showcase’ kedua selepas Hard Rock Cafe Kuala Lumpur sebelum ini

“Kebiasaann­ya saya bersama pengurus akan berbincang dari segi bayaran terlebih dulu dengan penganjur persembaha­n.

“Jika penganjur bersetuju dengan bayaran yang ditetapkan barulah saya terima tawaran terbabit. Ada juga penganjur tawarkan bayaran lebih daripada bajet yang ditetapkan kerana mereka menilai hasil kerja saya.

“Bayaran untuk persembaha­n di luar harganya berbeza daripada pihak korporat dan saya bekerja mengikut bajet ditetapkan,” katanya.

Pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohd Amin ini mengakui GV2 adalah platform terbaik untuknya menempa nama dalam bidang nyanyian.

Selepas sekian lama menanti, Farahdhiya juga berpeluang membuat persembaha­n solo pertamanya di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 30 April lalu.

“Alhamdulil­lah, GV2 adalah detik terindah dan pencapaian terbaik dalam karier seni. Ramai yang mula membuka mata dengan bakat saya dalam bidang nyanyian sekarang.

“Keutamaan saya adalah untuk mengukuhka­n karier seni. Selepas GV2, rezeki juga tidak putus dalam bidang nyanyian.

“Kalau dulu orang fikir saya popular dengan satu lagu saja iaitu Bertakhta Di Hati sedangkan saya boleh menyampaik­an semua genre lagu termasuk dangdut,” katanya.

Bercerita mengenai single baru pula, Farahdhiya berkata, dia masih mempromosi­kan single berjudul Kepada Dia.

“Saya akan merakamkan single baru dengan genre berbeza nanti. Projek single baru ini juga diedarkan syarikat rakaman Nova

Music.

“Selain itu, saya harap dapat peluang buat ‘showcase’ kedua selepas Hard Rock Cafe sebelum ini,” katanya.

Farahdhiya juga banyak mendapat tawaran berlakon sejak Ramadan lalu tetapi tidak dapat memberikan komitmen.

“Saya memang rindu berlakon lembali tapi selalunya tawaran datang apabila sudah terikat dengan undangan persembaha­n.

“Kali terakhir saya berlakon menerusi drama Bodyguard untuk Slot Aksi TV3 tahun lalu. Drama itu

 ?? FOTO: PAKAIAN
MUA ??
FOTO: PAKAIAN MUA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia