Harian Metro

Nikah hujung tahun

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tidak manis

jika kerap keluar dengan

tunang. Apa pula pandangan orang yang

melihat

Tauke rancak buat persiapan melangkah ke gerbang perkahwina­n

Selepas mengikat tali pertunanga­n dengan Nadia Mohd Affendi pada Disember 2015, pelawak popular,

Tauke memaklumka­n bakal melangsung­kan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya penghujung tahun ini.

Tauke kini rancak melakukan persiapan melangkah ke gerbang perkahwina­n.

“Meskipun belum mendapat tarikh rasmi pernikahan, saya sudah melakukan beberapa persiapan.

“Terdapat beberapa lokasi dah saya lihat untuk membuat tempahan supaya tidak kelam-kabut. Lagipun, perkahwina­n bukan boleh dibuat main-main kerana ia membabitka­n banyak perkara dan keluarga. Semuanya harus diselesaik­an sebaik mungkin. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Ditanya mengapa dia jarang membawa tunangnya ke acara hiburan, Tauke berkata, dia perlu mengambil kira pandangan orang sekeliling.

“Tidak manis jika kerap keluar dengan tunang.

Apa pula pandangan orang yang melihat. Walaupun dia pengurus merangkap pembantu peribadi, saya rasa kurang selesa selepas kami bertunang.

“Lagipun, dia juga ada komitmen kerja yang perlu dilakukan kerana bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta,” katanya.

Bercerita mengenai perkembang­an kerjaya, selepas dua tahun pemergian Pak Yus, Tauke mengaku belum bertemu gandingan serasi.

“Bukan mudah mencari keserasian apatah lagi saya dan arwah Pak Yus memang rapat. Saya tak mahu terburu-buru.

“Kalau saya rasa sesuai (dengan mana-mana pelawak) tetapi peminat tidak boleh terima lawak kami, tiada gunanya juga,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pelantikan­nya sebagai duta sesebuah produk, Tauke memberitah­u dia seorang yang memilih setiap tawaran yang datang.

 ??  ?? TAUKE (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran dan pelantikan sebagai duta produk terapi antistres.
TAUKE (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran dan pelantikan sebagai duta produk terapi antistres.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia