Harian Metro

Buat kerja suntingan setiap hari

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Saluran Tonton mengorak selangkah lagi dalam bidang penerbitan apabila bakal muncul dengan filem pertama terbitan mereka, By MY Side pada September ini.

Filem terbitan bersama Jinnyboy TV ini mendapat sentuhan pengarah Reuben Kang dan menampilka­n Jin Lim selaku penerbit eksekutif.

Filem yang menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai perantara ini bertemakan cinta remaja sehingga alam dewasa.

Jin yakin kisah cinta yang dipaparkan dalam filem ini berbeza daripada karya lain.

“Pendek kata ia bukan klise. Setiap watak ada kisah tersendiri.

“Meskipun ditayang di saluran Tonton, kerja kamera, penyunting­an dan keseluruha­n penghasila­n filem ini sama seperti filem lain. Apabila ditayangka­n, terasa seperti kita berada di panggung,” katanya.

Menurut Jin, filem ini mengambil masa sebulan untuk pasca penerbitan dan menjalani penggambar­an selama 18 hari.

Disebabkan itu, cara kerja pasukan produksi juga berbeza daripada orang lain.

Reuben berkata, setiap hari selepas selesai penggambar­an dia terus melakukan proses suntingan.

“Bekerja dalam pasukan ini memang kena fokus.

Cara kerja tak sama dengan produksi lain yang menghasilk­an filem. Pada masa sama, kami tidak menggunaka­n khidmat profesiona­l luar. Semuanya kami buat sendiri dari awal sehingga selesai,” katanya.

Selain tenaga kerja, filem ini menampilka­n barisan pelakon yang sering bekerjasam­a dengan JinnyBoy TV.

Ia sekali gus memudahkan kerja Reuben selaku pengarah kerana masing-masing sudah saling mengenali dan tahu apa yang diinginkan.

“Bagi saya bekerja dengan kawan lebih mudah. Malah karakter setiap watak juga berdasarka­n kekuatan dan kelebihan mereka. Kebanyakan mereka membesar dengan kami.

“Disebabkan sudah saling mengenali, proses penggambar­an pun lancar. Tak ada istilah main-main atau sambil lewa sebaliknya masing-masing memberikan komitmen dan lakonan berkualiti,” katanya.

By MY Side mengisahka­n percintaan pasangan remaja lakonan Marriane Tan (Faye) dan Brandon Ho (Ben) yang melalui kehidupan penuh onak duri, sedih dan gembira.

Bagaimanap­un, Ben mula berubah ketika melanjutka­n pelajaran di luar negara. Faye

 ??  ?? BARISAN pengarah, penerbit, pelakon dan kru produksi.
BARISAN pengarah, penerbit, pelakon dan kru produksi.
 ??  ?? MARIANNE Tan
MARIANNE Tan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia