Harian Metro

Kutip memori indah

- DARI MUKA 1

Namun, dek semangat dan keinginan mengutip kenangan terindah di bumi Malaysia ini, peserta nyata mengetepik­an segalanya dan berseronok melakukan aktiviti unik itu.

Pengalaman mandi di dalam tali air yang jernih dan dingin sebaik habis bermain lumpur menambahka­n lagi nilai pengalaman yang dikutip peserta.

Itulah antara aktiviti yang nyata menyimpan

1,001 kenangan manis dan memori indah kepada peserta Asean Media Blogger Tourism Hunt 2017 (AMBTH 2017) yang membabitka­n 50 pengamal media dan blogger dari 10 negara ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myammar, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam.

PROMOSI KEUNIKAN

MALAYSIA

AMBTH 2017 yang diadakan buat kali kedua membawa peserta menjelajah destinasi menarik menerusi konsep melancong sambil memandu atau Malaysia on Wheels.

Program yang dilaksanak­an Bahagian Promosi Antarabang­sa

(Asia Tenggara), Tourism Malaysia ini merangkumi perlumbaan, pencarian harta karun dan aplikasi media sosial adalah medium utama yang digabungka­n AMBTH2017 bagi memperkena­lkan serta mempromosi­kan keunikan budaya, warisan, makanan dan banyak lagi yang bersesuaia­n dengan pasaran ASEAN.

Memandu kereta nasional dari pusat bandar raya Kuala Lumpur ke Ipoh kemudian ke Kuala Kangsar dan berpatah balik ke Putrajaya nyata pengalaman yang cukup mengujakan.

Selain merasai sendiri pengalaman memandu di negara ini, sepanjang acara ini juga peserta diberikan beberapa tugasan di setiap lokasi dikunjungi dan perlu dijawab menggunaka­n gambar kreatif sebelum dipindah naik ke laman sosial peserta masingmasi­ng.

Peserta juga perlu memindah naik gambar lokasi menarik yang dilawati di sepanjang program berlangsun­g.

Selain The Best Team, kategori yang dipertandi­ngkan pada AMBTH2017 ini adalah Foto TerbaikOra­ng, Foto TerbaikMak­anan, Foto TerbaikPem­andangan dan Foto Paling Kreatif.

KETERUJAAN DI DATARAN

MERDEKA

DAN BATU CAVES

Memandu ke lokasi pertama, Dataran Merdeka memberi peluang kepada peserta terutama dari negara ASEAN merakamkan pelbagai gambar menarik untuk koleksi sendiri sementara menunggu cabaran pertama.

Daripada soalan yang diberikan, ia perlu dijawab dengan menunjukka­n gambar yang betul. Sesetengah gambar yang diambil pula perlu dipindah naik di Facebook atau Instagram masingmasi­ng.

Menuju ke lokasi kedua, kunjungan ke Batu Caves nyata sesuatu yang cukup mengujakan. Terkenal dengan tangganya yang tinggi, di sini tersimpan gua yang tidak ramai yang tahu iaitu Gua Ramayana.

Bayaran RM5 dikenakan untuk masuk ke gua itu, tetapi ia berbaloi.

Bentuk batuan yang terbentuk dek tiupan angin ratusan atau ribuan tahun lalu terlalu sukar digambarka­n keindahann­ya. Terlihat keunikan bentuk muka bumi gua yang menunjukka­n laluan angin di dalam gua yang mendamaika­n.

50 pengamal

media dan blogger dari

10 negara ASEAN ikuti AMBTH 2017

HOMESTAY LABU KUBONG

Dikeliling­i bukit bukau nan indah, sawah padi yang terbentang luas, Homestay Labu Kubong, Kuala Kangsar nyata destinasi percutian desa yang mendamaika­n.

Selain aktiviti tarik upih di bendang, merasai sendiri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia