Harian Metro

Elak terlebih belanja

- Susunan Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Seboleh-bolehnya jangan tukar mata wang asing di lapangan terbang

Peruntukan untuk tiket penerbanga­n, pengangkut­an, penginapan dan keperluan lainnya antara yang sentiasa dititikber­atkan dalam membuat belanjawan bercuti terutama ke luar negara.

Namun, ada juga perbelanja­an lain yang walaupun dengan jumlah kecil, tetapi boleh menjadi terlebih belanja.

Untuk sentiasa mempunyai wang belanja yang mencukupi saat bercuti di luar negara, jom manfaatkan langkah penjimatan yang disenaraik­an dalam ruangan Tip Melancong minggu ini. Selamat bercuti!

Seboleh-bolehnya, jangan berbelanja atau menukar mata wang asing di lapangan terbang.

Harga barangan di lapangan terbang biasanya lebih mahal.

Tukaran mata wang asing di lapangan terbang juga biasanya agak rendah berbanding di luar sekali gus membuatkan anda rugi dan mengurangk­an bajet wang perbelanja­an anda ketika bercuti.

Menggunaka­n kad kredit dalam berbelanja ketika bercuti berbanding tunai atau kad debit adalah lebih baik.

Selain lebih selamat, ia juga memudahkan transaksi dalam segala perbelanja­an.

Namun, saranan ini hanya bermanfaat atau menguntung­akan bagi pengguna kad kredit yang berdisipli­n membuat pembayaran setiap bulan dan tidak berbelanja sewenang-wenangnya kerana lebih mudah berbelanja menggunaka­n kad kredit.

Jika keadaan tidak begitu mendesak, hindari membeli kad SIM baru di negara yang dikunjungi dalam hanya beberapa hari.

Ini kerana dengan membeli kad SIM, anda pastinya kerap membuat panggilan telefon sekali gus menuntut anda sentiasa membuat isian semula kredit.

Memadai jika anda dapat mengirim pesanan atau membuat panggilan menggunaka­n Internet dengan memanfaatk­an penggunaan WiFi yang sememangny­a digunakan berleluasa di mana-mana tempat.

Walaupun anda sihat sebelum pergi bercuti, bawalah ubat-ubatan serta vitamin sendiri untuk kecemasan.

Ini kerana dengan suasana baru di destinasi yang dituju, ada kalanya badan tidak boleh menerima perubahan tertentu dan boleh membuatkan anda tidak sihat.

Ubat-ubatan dan vitamin di kawasan kunjungan pelancong biasanya dijual dengan harga yang mahal.

Jadi, untuk menjimatka­n wang anda sepanjang bercuti terutama di luar negara dengan kadar tukaran wang asing yang tinggi, bawalah ubat-ubatan serta vitamin anda sendiri.

Kesejukan saat bersiarsia­r di luar negara yang mempunyai cuaca dingin mengundang membeli pakaian.

Anda secara tidak langsung akan berbelanja kepada benda yang tidak dirancang atau tidak ada dalam senarai.

Oleh itu, bagi mengelak anda membeli pakaian baru kerana kesejukan, pakailah pakaian berlapis.

 ??  ?? ELAK membeli atau berbelanja di lapangan terbang. BAWA bersama ubatan dan vitamin sepanjang bercuti untuk mengelak membelinya di destinasi apabila tidak sihat.
ELAK membeli atau berbelanja di lapangan terbang. BAWA bersama ubatan dan vitamin sepanjang bercuti untuk mengelak membelinya di destinasi apabila tidak sihat.
 ??  ?? BERBELANJA dengan kad kredit antara langkah penjimatan saat bercuti di luar negara.
BERBELANJA dengan kad kredit antara langkah penjimatan saat bercuti di luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia