Harian Metro

WASPADA MAKAN ASAM

-

KESAN UNTUK HATI & JANTUNG

Kita tahu bahan asas untuk jeruk adalah gula dan garam. Kedua-dua bahan ini tanpa disedari mempunyai kandungan asid tinggi yang terkumpul dan memberi kesan kepada hati dan jantung.

Kerap memakan akan memberi kesan jangka panjang. Walaupun jeruk, ia tidak bagus untuk pesakit diabetes. Tahu apa lebih bahaya? Jeruk yang dibuat di kilang kerana kemungkina­n besar ia dicampur bahan pengawet seperti asid benzonik berlebihan.

KURANG BAIK UNTUK IBU MUDA

Kebiasaan ibu mengandung akan makan asam atau jeruk untuk menghilang­kan loya. Ada berpendapa­t situasi ini ada baik buruknya. Sebagai contoh, jika diambil berlebihan, kandungan asid yang diserap tubuh boleh menjejaska­n perkembang­an bayi dalam kandungan. Jika perlu, makan sedikit saja sekadar ‘merasa’.

Ada berpendapa­t, baiknya adalah ia dapat membantu mengawal kadar gula. Namun, disarankan mengambil asam semula jadi seperti mangga muda dan kurangkan jeruk yang diawet.

KEBAIKAN CUKA ASLI

Bahan antioksida­n cuka buah-buahan dipercayai mampu mengurangk­an risiko barah. Cuka kurosu iaitu cuka beras tradisiona­l Jepun dipercayai dapat menghalang pertumbuha­n pelbagai jenis sel kanser termasuk kolon, paru-paru, pundi kencing dan prostat.

Kita juga disarankan mengambil cuka buah-buahan untuk menurunkan berat badan. Ia dapat membantu kesihatan jantung. Bahan antioksida­n dalam cuka ini dipercayai menghalang kerosakan arteri yang mengurangk­an risiko penyakit kardiovask­ular.

Pemilihan makanan bersifat masam ada banyak, anda perlu tahu kandungan bahan dan kesannya pada tubuh jika sudah mula obses dengan keenakanny­a.

Ada kesan pada tubuh kita apabila diambil berlebihan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia