Harian Metro

‘Dota 2 Pelami

- Hazril Md Nor gen.y@hmetro.com.my

Siapa sangka, bermula daripada pertemuan di laman sosial tiga tahun lalu, dua insan yang juga ‘kaki game’ kini bergelar suami isteri. Bermula dengan sapaan ‘Hai, siapa di sini boleh ajar saya main Dota 2?’ membuatkan kehidupan Nurul Zayani Zulkiffli, 24, berubah selepas bertemu cinta hati, Muhammad Faeez Azmi, 29.

Menceritak­an saat awal perkenalan, Zayani berkata, dia ingin mencuba bermain

Dota 2 kerana tertarik dengan populariti­nya.

Namun, dia tidak menyangka terdapat begitu banyak maklum balas diterima di laman sosial itu.

“Pada mulanya, ramai yang memberi respons tapi saya tertarik dengan jawapan daripada Faeez kerana dia bersungguh-sungguh menerangka­n apa itu Dota 2.

Boleh dikatakan saya tak tahu langsung bagaimana permainan ini dimainkan dan hero di dalamnya.

“Walaupun saya tanya dia (Faeez) macam-macam soalan, dia tetap sabar melayan kerenah saya. Dari situ kami bertukar nombor telefon dan berjumpa tiga minggu selepas itu,” katanya.

MULA RAPAT

Menurut Zayani, hubunganny­a bertambah rapat dengan Faeez selepas mula bermain ‘game’ itu. Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, dia mula tertarik dengan permainan itu kerana selalu dibimbing dan mendapat tunjuk ajar daripada suaminya.

“Saya penulis blog. Jadi banyak masa dihabiskan di rumah saja. Saya terfikir daripada tak ada apa nak dibuat, lebih baik main Dota. Main punya main, tak sangka jadi ketagih dan saya tak sabar nak cuba main semua hero terutama ‘support’,” katanya.

Melihat kesungguha­n Zayani mendalami hobi barunya itu, Faeez berkata, bibit percintaan bermula apabila dia mula mengajak isterinya ke kafe siber dua tiga kali seminggu.

“Saya bekerja syif malam, jadi balik dari rumah terus ajak dia ke kafe siber berdekatan. Di situ saya mengajarny­a bermain Dota 2. Dari ‘ganking’ sampailah ‘positionin­g’, banyak yang dia belajar dan sentiasa sabar walaupun ramai yang memberi komen sinis.

“Bagaimanap­un, selepas berkahwin, kami kurang ke kafe siber dan banyak menghabisk­an masa bermain Dota 2 di rumah,” katanya.

Ditanya mengenai perkahwina­n, Faeez berkata, perkenalan itu tidak lama kerana selepas setahun mengenal hati budi, dia terus melahirkan hasrat menjadikan Zayani sebagai isteri pada Julai 2015.

“Apabila kenang kembali, memang kelakar kerana daripada satu post, saya berjaya pikat hati perempuan yang kini tak pernah henti memberi semangat kepada saya. Dari sudut lain, saya banyak diam dan dia seorang yang suka

 ??  ?? FAEEZ dan Zayani ketika di ESL One Genting 2017.
FAEEZ dan Zayani ketika di ESL One Genting 2017.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia