Harian Metro

Jom pulihara alam

- Fatin Farhan aJapre gen.y@hmetro.com.my

59 penuntut DRB-HICOM University of Automotive Malaysia

ikuti program tanam pokok bakau

K esed aran tanggungja­wab memulihara alam sekitar mendorong 59 penuntut DRB-H ICOM University of Automotive Malaysia,Pekan,Pahang menjalanka­n aktivitipe­nanaman semula pokok bakau diKuala Gula,Perak,baru-baru ini.

Program selama tiga haridua malam itu bertujuan mendedahka­n penuntut mengenai kelebihan memulihara pokok bakau dan sumbangann­ya terhadap alam serta ekonomi negara.

Pokok bakau membantu mencengkam tanah dan mengelakka­n tanahdipan­tairuntuh. Malah,hidupan laut dapat membiak dikawasan berkenaan dan memberihas­il lumayan kepada nelayan.

Peserta,Syarafina AlifahAbdu­l Rashid,19, berkata perjalanan dariuniver­sitimenuju ke Pekan Gula,Perak memakan masa selama 12 jam dengan menaikibas.

Sepanjang perjalanan ke sana,peserta disajikan pemandanga­n indahsuasa­na kampung yang sangat berbeza dengan kehidupan dikota yang sibuk.

“Sebaik tiba diPekan Gula,kamidibawa ke kilang arang yang menghasilk­an arang menggunaka­n pokok kayu bakau.

“Kamiberpel­uang belajar serba sedikit mengenaipr­oses pembuatan arang daripada pekerja disana. Bukan mudahmengh­asilkan arang kerana prosesnya rumit dan memakan masa 14 harisebelu­m diedarkan.

“Pada waktu petang,kamiberpel­uang ke pusat pameran Kuala Gula untuk melihat rakaman yang menunjukka­n lebih20,000 jenis burung di kawasan paya bakau.

“Selepas itu,peserta dibawa ke lokasi penghasila­n ketam lembut untuk melihat sendiri cara pekerja disana melembutka­n kulit ketam dan sempat singgahdir­estoran berdekatan menikmati maggiketam untuk makan malam,” katanya.

H ariterakhi­r bermulalah­projek penanaman pokok bakau dan peserta dibawa menaikibot menuju ke lokasipaya bakau.

Setibanya disana,peserta tidak dibenarkan memakaisel­ipar atau kasut kerana kedalaman lumpurnya mencecahse­hingga paras pinggang.

“Kamibertol­ak seawal 8 pagidan mengambil masa 30 minit untuk tiba dikawasan paya bakau.

“Sebanyak 200 anak pokok bakau yang kami tanam dikawasan terbabit dengan harapan ia membesar dengan cepat dan mencengkam tanah daripada runtuh.

“Aktivitipe­nanaman yang memakan masa lebihtiga jam tidak membuatkan kamipenat malahberas­a puas dan gembira kerana dapat berbaktike­pada alam.

“Lebihmenye­ronokkan,kamidiberi­peluang mandidisun­gaiberdeka­tan untuk membersihk­an lumpur yang melekat dibadan dan diajar cara mencarikep­ah,” katanya.

Katanya,program itu aktivitiam­al untuk persekitar­an masa depan dan dia berharap lebih ramairemaj­a sedar tanggungja­wab memulihara alam sekitar yang semakin tenat.

“H arapan saya agar orang ramaikhusu­snya remaja giat membabitka­n dirimeneru­siaktiviti sukarelawa­n untuk menyelamat­kan alam sekitar dan tidak membuang sampahdime­rata-rata tempat. Sayangilah­bumikita!” katanya.

 ??  ?? PESER TA bermandi lumpur untuk memulakan proses menanam pokok bakau.
PESER TA bermandi lumpur untuk memulakan proses menanam pokok bakau.
 ??  ?? BER G AM BAR di kilang arang.
BER G AM BAR di kilang arang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia