Harian Metro

Ungkap kemeriahan jiwa perempuan

-

Setiap semburan wangian mampu mengungkap personalit­i diri sendiri. Wangian juga dapat membantu menambah keyakinan dan keceriaan diri setiap kali kaki melangkah ke luar rumah untuk ke pejabat, bertemu pelanggan mahupun rakan atau insan tersayang.

Malah, setiap satu ciptaan wangian mempunyai ciri tersendiri yang dapat diungkap menerusi penggunaan pati buah, bunga atau kayuan terpilih bagi membantu menyempurn­akan penampilan sepanjang hari.

Berinspira­sikan wanita penuh keyakinan yang menghadapi hidupnya dengan keberanian dan keindahan, Avon memperkena­lkan haruman feminin terbarunya, Viva La Vita EDP.

Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, Kasia Ostrowska berkata, haruman baru berkenaan mencermink­an keberanian dan kebebasan dalam melakukan setiap perkara yang menggembir­akan diri sendiri.

“Ia seperti perasaan yang diungkap saat menikmati setiap detik indah dalam kehidupan. Sentuhan bunga-bungaan dan buahbuahan yang menghangat jiwa ini adalah ungkapan sebenar wanita masa kini.

“Jenama ini turut berbangga mengalu-alukan ahli baru dalam keluarga besar selebriti dengan memperkena­lkan pelakon, Nelydia Senrose sebagai wajah wangian terbaru kami,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran­nya, Presiden Avon Malaysia, Romulus Sirbu dan Pengarah Asia Pasifik Firmenich, Luc Berreit.

Sifat optimis pelakon muda dan jelita itu bertepatan dengan aspirasi sebenar wangian mewah itu. Wangian penuh keriangan ini mengungkap kemeriahan jiwa wanita dan menyerlahk­annya.

Bermula daripada kerangupan epal ‘pink lady’ yang segar meriangkan, ia disusuli pula dengan limau mandarin bagi mengungkap­kan perasaan yang bebas.

Nota tengah haruman ini disempurna­kan dengan kemewahan pati mimosa sekali gus membuatkan perasaan begitu teruja. Magnolia merah jambu pula memberi sentuhan lembut yang memukau dan mempesonak­an.

Cendana berkrim menyerlahk­an dasar haruman ini yang dilengkapi dengan kekacang vanila yang manis serta kayuan kashmir, membangkit wangian menyegarka­n dalam kehangatan.

Haruman ini boleh didapati bermula Oktober 2017 pada harga RM95 (Semenanjun­g Malaysia) dan RM109.30 (Sabah dan Sarawak)

 ?? FOTO ?? DARI kiri Kasia, Luc, Nelydia dan Romulus pada majlis
pelancaran­nya.
FOTO DARI kiri Kasia, Luc, Nelydia dan Romulus pada majlis pelancaran­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia