Harian Metro

Fokus penggunaan rona lembut

-

Solekan persis puteri dipadankan busana

sesuai kini antara trend diminati ramai

DARI MUKA 15

Solekan persis puteri itu juga boleh digayakan sesiapa saja tanpa mengira bentuk wajah mahupun rona kulit asalkan teknik solekan dikenakan itu sesuai dan tepat.

Menurut jurusolek profesiona­l Nor Yanti Zulkipli, solekan anak persis puteri yang dipadankan dengan busana sesuai kini menjadi antara trend yang diminati ramai termasuk pengantin.

“Solekan jenis ini lebih fokus kepada penggunaan rona lembut seperti putih, merah jambu dan krim bagi mendapatka­n impak lembut dan manis.

“Ia juga menjadikan wajah lebih memukau tanpa warna terang, sekali gus menyerlahk­an penampilan diri, manis dipandang dan tidak keterlalua­n,” katanya.

Nor Yanti berkata, solekan persis puteri memberi tumpuan supaya wajah kelihatan lebih remaja dan lari daripada penggunaan warna terang yang kadangkala boleh mencacatka­n penampilan.

“Penggunaan pembayang mata disesuaika­n warnanya dengan gincu. Disebabkan solekan ini tidak terlalu sarat, ia sesuai juga digunakan ketika keluar bersantai bersama rakan atau yang tersayang namun dengan mengenakan busana yang sesuai,” katanya.

Menurutnya, penggunaan rona bedak asas turut diberikan perhatian selain pembentuka­n kening dan mata.

“Paling utama, solekan ini perlu dilakukan jurusolek yang mempunyai kemahiran supaya dapat menghasilk­an kesan yang diinginkan.

“Jangan sesekali mencuba melakukan solekan ini tanpa mengetahui teknik yang betul kerana bimbang kesannya akan mencacatka­n penampilan anda. Cuba belajar langkah dan teknik tepat daripada individu mahir dan berpengala­man sekiranya mahu melakukan solekan sendiri,” ujarnya.-Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? 1. WAJAH model sebelum disolek.
2. LANGKAH pertama, sapukan bedak asas mengikut rona kulit wajah dengan sekata.
3. SETERUSNYA, sapukan bedak tabur dan lakukan bentuk wajah. Tidak dilupa sapuan pemerah pipi menggunaka­n rona merah jambu.
4. BENTUK...
1. WAJAH model sebelum disolek. 2. LANGKAH pertama, sapukan bedak asas mengikut rona kulit wajah dengan sekata. 3. SETERUSNYA, sapukan bedak tabur dan lakukan bentuk wajah. Tidak dilupa sapuan pemerah pipi menggunaka­n rona merah jambu. 4. BENTUK...
 ??  ?? NOR Yanti
NOR Yanti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia