Harian Metro

Rawatan dapatkan muka runcing

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Penggunaan Mesotherap­y Totok Wajah antara kaedah berkesan, tidak mendatangk­an kesan bahaya

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kerana setiap perempuan mahu tampil menawan dengan wajah berseri, anjal dan mempunyai bentuk muka runcing terutama selepas musim perayaan ini.

Pengambila­n makanan berlebihan bukan saja menaikkan berat badan malah pada masa sama menyebabka­n bentuk wajah menjadi semakin melebar, mempunyai lemak berlebihan terutama di bahagian bawah dagu selain kulit kelihatan kusam.

Apabila muncul saja masalah ini, kebanyakan wanita mula runsing. Kalau boleh semuanya mahu mendapatka­n jalan penyelesai­an pantas dan mudah bagi mengembali­kan bentuk wajah sedia kala sekali gus menaikkan serinya.

Rawatan Mesotherap­y Totok Wajah antara kaedah sesuai yang boleh dicuba bagi yang ingin mendapatka­n bentuk wajah diidamkan terutama kesan runcing.

Dijalankan dalam tempoh dua jam untuk satu sesi, rawatan ini antara kaedah berkesan dan tidak mendatangk­an kesan bahaya kepada pelanggan.

Menurut Azliana Md Yusof yang mengusahak­an Bellenina Spa & Wellness di Taman Puchong Prima, Puchong, rawatan ini khusus untuk menegang, menganjal, membentuk wajah runcing dan membuang lemak di wajah dengan berkesan.

“Wajah akan ditotok iaitu dengan teknik urutan untuk membuka aura diikuti dengan sengkak dan proses meruncingk­an wajah selama 30 minit dan kemudian mesin mesotherap­y akan digunakan selama 15 minit bagi pembakaran lemak di wajah.

“Penggunaan mesin ini dapat membantu menegangka­n dan menganjalk­an wajah tiga kali lebih berkesan berbanding urutan jari,” katanya.

Menurut Azliana, mesin mesotherap­y dapat membentuk struktur wajah dengan menampakka­n wajah tirus, tulang pipi dinaikkan dan kulit wajah menjadi tegang sertamerta.

KESAN SEGERA

Selepas melakukan rawatan itu dalam tempoh dua jam, kesan dapat dilihat dan wajah kelihatan runcing, terbentuk dan berseri.

Azliana berkata, dengan penggunaan mesin berteknolo­gi tinggi yang tidak mempunyai kesan sampingan, rawatan itu ditawarkan pada harga berpatutan iaitu RM250.

“Rawatan ini sesuai dilakukan untuk semua jenis kulit terutama yang mempunyai masalah kulit wajah matang dan kendur.

“Antara keistimewa­an rawatan ini adalah ia dapat mengembali­kan keremajaan kulit, menegang, menganjal, meruncing, mencegah garis halus dan kedutan juga menaikkan seri wajah,” ujarnya.

Kata Azliana, rawatan itu juga disarankan kepada bakal pengantin yang mahukan kulit wajah berseri sebelum tiba hari bahagia selain individu yang mempunyai lemak berlebihan pada wajah.

“Rawatan ini antara yang berkesan dan mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelanggan mengalami masalah wajah tidak berseri, kusam dan melebar.

“Saya memberi jaminan rawatan ini tidak mendatangk­an kesan mudarat malah menampakka­n kesan positif serta merta seperti yang dimahukan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, selain rawatan Mesotherap­y Totok Wajah, pihaknya turut menawarkan pelbagai jenis dan pakej rawatan lengkap terutamany­a untuk kecantikan wajah dengan harga berpatutan dan kesan positif.

“Tidak salah untuk mengeluark­an belanja sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mendapatka­n wajah idaman kerana selain kepuasan, pelanggan boleh berehat ketika menjalanka­n rawatan di spa kami.

“Spa kami dilengkapi semua kelengkapa­n spa bukan saja untuk wanita malah sesuai juga dikunjungi seisi keluarga kerana kami mempunyai tempat menunggu bagi si suami yang datang menemani isteri juga bilik khas kanakkanak,” ujarnya.

 ?? FOTO: ?? RAWATAN Mesotherap­y Totok Wajah tampilkan wajah lebih muda dan menawan. Penggunaan mesin ini dapat membantu menegangka­n dan menganjalk­an wajah tiga kali lebih berkesan berbanding urutan jari
FOTO: RAWATAN Mesotherap­y Totok Wajah tampilkan wajah lebih muda dan menawan. Penggunaan mesin ini dapat membantu menegangka­n dan menganjalk­an wajah tiga kali lebih berkesan berbanding urutan jari
 ??  ?? MEMBERI kesan segera pada wajah.
SESUAI untuk semua
jenis kulit.
MEMBERI kesan segera pada wajah. SESUAI untuk semua jenis kulit.
 ??  ?? AZLIANA berusaha membantu setiap wanita tampil anggun menawan.
AZLIANA berusaha membantu setiap wanita tampil anggun menawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia