Harian Metro

Impian besar Fara kembangkan jenama

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Usianya masih muda, baru berusia 24 tahun namun anak kelahiran pantai timur, Terengganu ini sudah berjaya mengukir nama dan jenamanya sendiri sejak dua tahun lalu serta berdiri setanding dengan usahawan ternama lain.

Mengakui mula menceburi bidang perniagaan seawal usia belasan tahun dengan menjadi dropship pemborong, menjual pelbagai jenis makanan termasuk karipap dan jubah abaya mematangka­n dirinya selain menambah pengetahua­n serta ilmu perniagaan.

Semangat dan kecekalann­ya wajar dicontohi, dia tidak pernah kenal erti kalah dan putus asa untuk berjaya. Semangatny­a berkobar untuk memiliki dan mengusahak­an jenama sendiri.

Bagi Fara Sha’are atau lebih dikenali dengan nama Syarifah Furaiha di media sosial yang kini bergelar pengasas produk kecantikan Furaiha, segalanya bermula ketika dia berusia 22 tahun.

“Ketika itu saya sedang menuntut di Universiti AlAzhar, Mesir dalam bidang perubatan dan pada masa sama bertekad memulakan perniagaan sendiri apatah lagi dikeliling­i ahli keluarga yang terbabit dalam bidang perniagaan.

“Walaupun mempunyai banyak pengalaman menjalanka­n perniagaan dalam bidang lain, saya memilih mengusahak­an bidang kecantikan atas sebab minat dengan kecantikan serta mempunyai pengetahua­n mengenai bahan digunakan dalam kosmetik dan produk penjagaan kulit,” katanya.

Menurut Fara, dia juga memilih bidang itu untuk menghasilk­an produk kecantikan yang selamat, tidak mempunyai kesan sampingan selain dipastikan mendapat kelulusan daripada semua pihak.

“Ramai yang mempertika­ikan usia saya dan sudah bergelar pengasas produk kecantikan namun usia tidak menjadi penghalang malah dengan umur yang masih muda, saya mampu meneroka serta mencuba pelbagai perkara baru.

“Selepas keputusan dibuat dan produk mula terhasil, saya terus bergerak ke depan tanpa menoleh ke belakang bagi memastikan Furaiha terus maju dan dikenali ramai,” ujarnya.

Fara berkata, kini dia sudah menghasilk­an 14 produk kecantikan yang semuanya memiliki kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

JADIKAN JENAMA PREMIUM

Menurut Fara, dia memasang impian untuk menjadikan jenamanya antara jenama premium alternatif kepada jenama luar negara terkenal seperit Mac, Tom Ford, Chanel dan Benefit.

“Tiada apa yang mustahil dalam bidang perniagaan ini, jika orang lain mampu pasti saya juga boleh. Disebabkan itu saya tidak gentar memasang impian besar untuk mengembang­kan lagi jenama sendiri.

“Dalam masa sama saya juga mahu membuktika­n wanita yang berniqab juga boleh berjaya dalam bidang kecantikan sekali gus berdiri sama tinggi dengan peniaga lain,” katanya.

Kata Fara, kegemarann­ya menjual pelbagai jenis produk ketika menuntut di luar negara banyak membantuny­a meluaskan pengetahua­n dan pengalaman untuk dibawanya hingga kini.

“Dalam perniagaan, perkara yang paling sukar adalah untuk mengembang­kan jenama dan membuatkan semua individu mengenali produk anda.

“Disebabkan itu juga saya tidak boleh mengalah, walau dilanda pelbagai dugaan dalam mengembang­kan jenama ini, saya tetap gigih berdiri demi memastikan impian tidak terhenti separuh jalan,” ujarnya.

Fara berkata, pada masa sama, dia amat bersyukur kerana keluarga terutama ibu bapa dan adik-beradik banyak membantu menguruska­n syarikatny­a.

“Saya kuat kerana insan di sekeliling juga kuat dan sentiasa berada di sisi saat memerlukan selain turut membantu dalam mengembang­kan jenama ini.

“Lumrah dalam bidang

 ?? FOTO: ?? FARA usahawan muda yang tidak gentar dengan
cabaran.
FOTO: FARA usahawan muda yang tidak gentar dengan cabaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia