Harian Metro

Buah berbulu halus serlahkan kecantikan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Siapa kata untuk tampil cantik secara semula jadi itu memerlukan modal belanja yang besar? Hakikatnya melalui pemakanan dan penjagaan diri secara teratur sesiapa saja mampu kelihatan menawan.

Sebagai contoh adalah melalui pengambila­n buahbuahan dalam diet harian yang ternyata mempunyai pelbagai khasiat tersendiri dan mampu menyerlahk­an lagi kecantikan anda secara semula jadi.

Contohnya dengan mengamalka­n makan buah kiwi. Buah berbulu halus ini sememangny­a mempunyai nilai nutrisi yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

Kiwi kaya dengan vitamin C, E, asid amino dan antioksida­n. Seperti sedia maklum, nutrisi itu mampu membantu kulit kelihatan muda dan berseri. Di sini, disenaraik­an kebaikan kiwi kepada penjagaan kecantikan kulit.

1. Kulit sihat dan berseri

Penuh dengan serat dan antioksida­n, menjadikan­nya sumber terbaik sebagai julap. Pengambila­n kiwi melancarka­n pembuangan toksin lebihan air dalam tubuh, sekali gus memberikan kulit yang lebih cantik.

2. Regenerasi sel

Kandungan vitamin E membantu kulit lembap dan tenang. Nutrisi itu diperlukan bagi regenerasi sel dan ini membantu memberikan kulit yang awet muda.

3. Kulit anjal

Antara nutrisi penting untuk menggalakk­an pengeluara­n kolagen adalah vitamin C dan kiwi kaya dengannya, seterusnya menjadi kulit lebih anjal dan cantik. Kolagen adalah rangkaian protein yang perlu untuk menjadikan kulit gebu dan kelihatan muda. Ia juga penting untuk membantu proses penyembuha­n luka dan menghalang kulit daripada menjadi kasar dan kering.

4. Elak penyakit kulit

Kiwi juga boleh membantu dalam rawatan terhadap penyakit kulit. Ini kerana asid lemak omega-3 yang ada di dalamnya boleh melindungi kulit daripada beberapa jenis masalah kulit. Ia juga penting untuk mengekalka­n keadaan kesihatan sel membran.

5. Mengawal pengeluara­n sebum berlebihan

Campuran kiwi dan jus lemon boleh disapu pada kulit dan dibiarkan kering sebelum dicuci bagi membantu mengawal pengeluara­n sebum yang menjurus kepada masalah jerawat dan bintik hitam.

Makan kiwi bantu proses penyembuha­n luka, halang kulit jadi kasar dan kering

6. Kulit lebih lembut

Campuran avokado dan kiwi yang dilecekkan boleh disapu pada bahagian muka dan leher sebagai pupur semula jadi. Basuh selepas 15 minit dan kulit akan dirasakan lebih lembut.

7. Melawan radikal bebas

Antioksida­n yang banyak terdapat dalam kiwi boleh meneutralk­an kesan antioksida­n pada kulit dan meningkatk­an regenerasi kulit. Secara tidak langsung, ia memperlaha­nkan kesan penuaan seperti kedutan, tompok pada kulit dan garisan halus.

8. Melawan jerawat

Kiwi juga mengandung­i AHA semula jadi dan memiliki bahan antiradang kulit. Ia melawan jerawat, akne dan membersihk­an liang roma bagi mengelak masalah kulit berterusan. Sapukan kiwi yang dilecek pada wajah termasuk bahagian yang bermasalah.

9. Melindungi kulit daripada matahari

Kesan matahari merosakkan kulit dan meningkatk­an penuaan. Kiwi kaya dengan asid amino dan mampu melawan kesan selaran matahari seterusnya mengelak kerosakan pada kulit. 10. Meningkatk­an penghasila­n sel kulit baru

Memakan kiwi atau minum jusnya secara konsisten membantu meningkatk­an penghasila­n sel baru pada lapisan kulit. Ia juga meningkatk­an kelembapan kulit dan menjadikan­nya kelihatan lebih muda.

 ??  ?? KIWI baik untuk kecantikan dan
kesihatan.
KIWI baik untuk kecantikan dan kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia