Harian Metro

Serum kurangkan bintik hitam

-

kekal berpanjang­an.

Serum ini turut dilengkapi kombinasi teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi untuk menghasilk­an campuran pemutih yang menyerap jauh ke dalam kulit untuk penyerapan ramuan aktif yang lebih berkesan, menjadikan kulit berseri dan cerah buat jangka masa yang lebih panjang.

Pengurus Pemasaran Penjagaan Kulit Tohtonku Sdn Bhd Christine Law berkata, kajian dilakukan mendapati wanita menyenarai­kan bintik hitam, parut jerawat dan ton kulit tidak sekata sebagai masalah kulit utama yang dialami.

“Malangnya, masalah kulit ini sukar dielakkan kerana faktor persekitar­an. Pendedahan sinar matahari yang kuat dan pencemaran mengakibat­kan penghasila­n melanin yang berlebihan dan akhirnya menyebabka­n cela atau bintik pada kulit. Jerawat juga menjadi satu masalah besar terutama parut yang ditinggalk­an pada kulit,” katanya.

Menurutnya, akibatnya, ramai wanita sentiasa berusaha mengatasi masalah itu, namun mereka tidak mahu menggunaka­n terlalu banyak produk kecantikan di muka pada satu masa.

“Ini menggalakk­an kami untuk menghasilk­an rumusan baru yang menggabung­kan penyelesai­an kepada pelbagai masalah dalam satu produk yang mudah.

“Kami berbangga memperkena­lkan Nanowhite Dark Spot Corrective Serum sebagai satu pemulih yang berkesan bagi pelbagai jenis keperluan kulit,” ujarnya.

Tambahnya, ia sesuai untuk semua jenis kulit dan serum itu adalah langkah penyelesai­an terbaik untuk melengkapi rutin penjagaan kulit wanita bagi mendapatka­n kulit wajah yang lebih cerah dan berseri, khusus untuk mengatasi bintik hitam.

“Mendapatka­n kulit yang sekata dan bebas cela begitu mudah dengan produk terbaru kami ini. Sapukan serum ini secara menyeluruh pada bahagian muka selepas menggunaka­n pembersih muka dan penyegar, sebelum menggunaka­n pelembap, setiap pagi dan malam,” katanya.

Sementara itu, Duta Nanowhite, Juliana Evans juga gembira melihat perubahan positif pada kulit wajahnya. Pelakon dan model itu sebelum ini sering kali berasa hampa dan bimbang apabila mendapati bintik hitam yang baru muncul pada wajahnya.

“Saya sukakan kerja saya, namun saya tidak boleh menentukan set lokasi penggambar­an atau rakaman. Kadangkala saya harus meluangkan masa yang lama di luar dan di bawah sinar matahari.

“Ini mengakibat­kan kulit saya terdedah kepada sinaran matahari dan persekitar­an yang tercemar. Tambahan lagi, saya seorang gadis aktif dan gemarkan aktiviti luar,” ujarnya.

Juliana berkata, keresahan itu tiada lagi selepas dia menggunaka­n produk berkenaan. Parut jerawat dan bintik hitam di mukanya semakin pudar dan dia lebih yakin berada di depan lensa kamera walaupun dengan solekan nipis. Lebih penting, dia boleh meneruskan kegiatan aktifnya tanpa perlu risaukan keadaan kulit wajah.

 ??  ?? SERUM terbaik untuk kulit
wajah.
SERUM terbaik untuk kulit wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia