Harian Metro

Kusyen CC penyamar celA

-

Bedak asas antara alat solek yang sentiasa berada dalam simpanan setiap beg solekan wanita. Ia antara keperluan paling asas dalam solekan meskipun anda memilih untuk mengenakan solekan paling ringkas dan mudah.

Bedak asas jenis kusyen CC bukan saja berfungsi sebagai bedak asas, malah bertindak sebagai penyamar cela. Dengan pelbagai pilihan kusyen CC atau lebih dikenali sebagai CC Cushion, jenama Elantra Skin mengeluark­an seleksi kusyen CC dengan tiga kali ganda sel stem bersama SPF 50 sesuai untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi yang dapat memberikan hasil ‘matte’ segar pada kulit si pemakai.

Menurut pengasas Elantra Skin Nurasyikin Zahadi, kusyen CC itu itu mengandung­i sel stem dan menggabung­kan bahan berkualiti tinggi bersifat organik dalam menghasilk­an kulit berseri dan semula jadi.

“Kusyen CC ini adalah gabungan teknologi dan formula dari Korea dan Malaysia yang menggunaka­n bahan terbaik seperti ekstrak salmon, vitamin C dan E yang baik untuk kulit.

“Kesan penggunaan bedak kusyen ini dapat dirasai selepas beberapa minit penggunaan. Pengguna dapat merasai kesegarann­ya dan kulit wajah terasa lembap sepanjang hari,” katanya.

Menurut Nurasyikin, bukan saja untuk wanita, bedak kusyen itu juga sesuai digunakan golongan lelaki bagi menghindar­kan kulit daripada berminyak sepanjang hari.

“Produk ini juga selamat dan halal digunakan, malah ia bebas hidrokuino­n dan merkuri. Selain menjadi asas solekan, kusyen CC ini berfungsi untuk mengurangk­an kedutan, menganjalk­an kulit, mengecilka­n liang roma, pelindung dari sinar matahari dan melembapka­n kulit si pemakai,” ujarnya.

Menurutnya, cara pe- makaian bedak kusyen itu dengan menggunaka­n paf yang disediakan di dalam bekas dan sapukan terus ke wajah.

“Paf itu juga bertindak sebagai ‘pengadun kecantikan’ yang biasanya digunakan jurusolek untuk mendapatka­n sapuan yang lebih rata dan hasil yang lebih berdimensi,” katanya.

Tambah Nurasyikin, bagi wanita yang tidak suka mengambil masa lama untuk bersiap, namun masih mahu kelihatan cerah dan berseri, produk ini adalah pilihan terbaik. Malah, ia juga sesuai diguna seawal usia remaja bagi mengekalka­n keremajaan kulit.

 ??  ?? KUSYEN CC daripada Elantra Skin antara
produk terbaik untuk kulit berminyak.
KUSYEN CC daripada Elantra Skin antara produk terbaik untuk kulit berminyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia