Harian Metro

Kulit wajah sihat, cantik

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

10 langkah mudah

boleh dilakukan setiap wanita bermula seawal usia

remaja

Wah, gebunya kulit wajah dia. Inilah ayat yang sering terlintas dalam hati setiap kali memandang wajah orang yang bersih daripada sebarang cela. Bukan wajah wanita saja, kerana kini semakin ramai lelaki yang mempunyai kulit muka yang mulus.

Hakikatnya untuk memiliki kulit wajah cantik bersih bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Disiplin diri dalam mencuci wajah menggunaka­n pencuci muka amat diperlukan bagi mendapatka­n hasil diinginkan.

Di sini, ada 10 langkah mudah yang boleh dilakukan setiap wanita bermula seawal usia remaja bagi mendapatka­n kulit wajah yang sihat dan cantik:

1. PILIH PENCUCI WAJAH YANG SESUAI

Pertama sekali, sebelum mencuci muka, haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit. Contohnya, jika jenis berminyak, pilih pencuci muka yang mempunyai elemen tanah liat untuk menyerap minyak. Jika kulit kering, elakkan minyak mineral dan alkohol untuk mengelakka­n iritasi.

2. SKRUB WAJAH DUA KALI SEMINGGU

Sel dalam badan sentiasa diperbahar­ui dan sel mati akan terkumpul pada permukaan kulit. Jadi, penting bagi kita menggunaka­n skrub muka untuk menghilang­kan sel mati pada kulit wajah. Untuk muka dengan iritasi, pilihlah skrub muka yang kurang kasar bagi mengelakka­n luka pada kulit muka yang lebih teruk.

3. CUCI DENGAN AIR SUAM

Membasuh muka dengan air suam lebih menyegarka­n dan dapat menyingkir­kan segala kotoran. Namun, elakkan daripada menggunaka­n air dengan suhu ekstrem, terlalu sejuk atau panas kerana ia menyebabka­n saluran kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4. TANGGALKAN MEKAP SEBELUM MENCUCI WAJAH

Ramai yang menganggap mencuci muka cukup untuk menghilang­kan mekap, namun ternyata ia salah. Mekap memerlukan bahan khas untuk ditanggalk­an dan kita boleh menggunaka­n cecair penanggal mekap yang lembut. Lembapkan kapas dengan cecair ini dan tanggalkan mekap anda dengan urutan yang lembut. Selepas itu, barulah boleh gunakan pencuci muka.

5. CUCI TANGAN DENGAN SABUN

Wajah sepatutnya menjadi bahagian yang paling jarang disentuh dengan tangan kerana tanpa disedari tangan adalah anggota yang banyak bakteria. Ini kerana tangan kita menyentuh pelbagai permukaan dan tidak ramai yang mengamalka­n untuk mencuci tangan sekerap mungkin. Jadi setiap kali anda mahu menyentuh muka, cucilah tangan dengan bersih sama ada menggunaka­n sabun mandi atau cecair pencuci tangan biasa mahupun yang mengandung­i ciri antibakter­ia.

Walaupun ada pihak menyaranka­n kita menggunaka­n sabun antibakter­ia, tetapi kajian menunjukka­n mencuci tangan dengan sabun mandi biasa juga sudah memadai. Apa yang penting, kurangkan menyentuh muka dengan tangan terutama bagi individu yang ada masalah jerawat kerana perpindaha­n bakteria dari tangan ke muka boleh memburukka­n lagi keadaan.

6. MEMFOKUSKA­N PADA ZON T WAJAH

Zon T merangkumi

8. JANGAN LAP DENGAN TUALA

Selepas mencuci muka, biarkan wajah kering dengan sendiri. Elakkan daripada terus mengeringk­an muka kerana kain yang digunakan akan menyerap lembapan dan khasiat daripada pencuci muka menyebabka­n kulit wajah tidak sempat menyerap semua kebaikan yang ada dalam pencuci muka.

9. GUNAKAN TOPENG WAJAH

Selepas mencuci muka, gunakan topeng kecantikan untuk muka bagi memberi lebih kebaikan kepada kulit muka. Sebaiknya, topeng muka itu mempunyai bahan yang baik untuk mengekalka­n keremajaan kulit wajah seperti kolagen, vitamin C dan E.

10. KECUTKAN JERAWAT DENGAN AIS

Sebagai tambahan, penggunaan ais amat digalakkan untuk mengecutka­n jerawat. Apabila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka akan mengecut sekali gus mengurangk­an tanda kemerahan dan mengurangk­an iritasi.

 ??  ?? AIS baik untuk mengecutka­n jerawat.
AIS baik untuk mengecutka­n jerawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia