Harian Metro

AJAL ISTERI, BAYI TERCAMPAK

 Isteri, bayi perempuan maut kenderaan terbabas selepas tayar meletup

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Saya mengambil anak yang tercampak keluar lalu memeluknya sambil berdoa agar Allah memanjangk­an hayatnya. “Ketika itu, bahagian paha kanan hingga ke perutnya yang cedera mengeluark­an darah yang banyak,” kata Mohd Nazrin Nizam, 25, yang kehilangan isteri dan bayi perempuann­ya dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Sekolah Kebangsaan Kuala

Abang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, isteri Mohd Nazrin, Nurbani Fartini Ahmad Farnizar Bani, 25, dan anak mereka, Naira Nur Fauzana berusia tujuh bulan meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku apabila kereta Honda Accord dipandu Mohd Nazrin dari arah Kuala Terengganu ke Dungun dipercayai terbabas selepas tayar belakang kereta itu dikatakan tiba-tiba meletup.

Akibat kejadian itu, kereta dinaiki tiga beranak itu merempuh tiang elektrik di atas pembahagi jalan sebelum terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas.

Menurut Mohd Nazrin, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Pulau Serai, dekat sini, selepas mengambil isteri dan anaknya di rumah mertuanya di Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

“Saya meninggalk­an mereka di Kuala Terengganu tiga hari lalu kerana mempunyai urusan di Kuala Lumpur dan ketika tiba di tempat kejadian, tayar kereta tiba-tiba meletup.

“Kejadian itu menyebabka­n kereta terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik dan mereka tercampak keluar,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, semalam.

Mohd Nazrin berkata, dia berusaha keluar melalui tingkap belakang manakala isterinya tidak sedarkan diri sebelum segera mengambil anak yang ada di bahu jalan.

“Saya dan anak dibawa ke hospital menaiki ambulans dan sepanjang perjalanan, saya tidak putus-putus berdoa agar mereka selamat.

“Pada masa sama, saya sempat menghubung­i bapa yang tinggal di Kampung Pulau Serai untuk melihat keadaan isteri.

“Namun, sebaik tiba di hospital, saya dimaklumka­n anak sudah meninggal dunia.

“Belum pun hilang rasa sedih mendengar kehilangan anak, saya dimaklumka­n isteri juga sudah meninggal dunia dan gagal diselamatk­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NIZAM Yusof meratapi kematian menantunya, Nurbani di lokasi kejadian. KERETA dipandu Mohd Nazrin yang terbalik di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan akibat tayar belakang meletup. KEADAAN tayar kereta yang meletup dalam kejadian.
NIZAM Yusof meratapi kematian menantunya, Nurbani di lokasi kejadian. KERETA dipandu Mohd Nazrin yang terbalik di Kilometer 65, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan akibat tayar belakang meletup. KEADAAN tayar kereta yang meletup dalam kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia