Harian Metro

PORTAL SEMAK ‘DUIT BEKU’

Sistem beroperasi tahun depan mudahkan mohon wang tidak dituntut

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.my

 Semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlu membuat semakan serentak pada satu masa hingga mengakibat­kan kesesakan di kaunter JANM”

Jabatan Akauntan Negara

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang membangunk­an satu sistem portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan Wang Tidak Dituntut (WTD) untuk kemudahan orang ramai.

Hasil maklum balas e-mel diterima Harian Metro, JANM berkata, sistem berkenaan dijangka mula beroperasi tahun depan, selain pengguna turut boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

“Kita memahami keperluan portal ini berdasarka­n keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.

“Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput. Jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlu membuat semakan serentak pada satu masa hingga mengakibat­kan kesesakan di kaunter JANM,” katanya menerusi e-mel, semalam.

Kenyataan itu mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam, mengenai senario di Pejabat Pendaftar JANM di tingkat 42, Menara Maybank, di sini, yang diserbu ribuan orang sehari sejak beberapa hari lalu untuk membuat semakan WTD.

Ia berikutan gara-gara tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.

Mengulas lanjut, JANM berkata, orang ramai turut dinasihatk­an membawa buku akaun simpanan asal atau lain-lain dokumen berkaitan sekiranya pergi ke pejabat JANM negeri di seluruh negara untuk membuat semakan.

“Buat masa ini, tiada kemudahan semakan secara dalam talian, telefon ataupun e-mel dibenarkan, namun kita juga tidak menetapkan sebarang tarikh luput.

“Ini bermakna semakan dan permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan buat masa ini tiada sebarang caj yang akan dikenakan bagi tujuan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.
LAPORAN muka depan Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia