Harian Metro

TRAGEDI NASI DAGING BAKAR

Wanita maut lori rempuh lima kenderaan Arwah singgah untuk makan daging bakar

- Hafizudin Mohd Safar am@hmetro.com.my

> Allahyarha­m Siti Mastura Azmi, 33, tidak pernah singgah di restoran nasi daging bakar dekat Kuala Perlis, walaupun sering lalu di hadapannya kerana urusan kerja. Semalam, pembantu tadbir Kolej Vokasional Langkawi itu teringin menikmati hidangan istimewa di situ namun tidak kesampaian apabila arwah menemui ajal selepas kereta dinaikinya dirempuh dan dihempap lori bermuatan batu seberat enam tan, lapor Hafizudin Mohd Safar

“Saya lihat penumpang perempuan di belakang tidak bergerak manakala perempuan di tempat duduk penumpang hadapan pula menjerit meminta tolong kerana tersepit.”

Demikian kata Norsuhaiza Mohamad, 36, saksi kemalangan yang mengorbank­an Siti Mastura Azmi, 33, selepas kereta Perodua Viva dinaikinya bersama dua rakan dirempuh lori muatan batu seberat enam tan sebelum dihempap kenderaan berat itu.

Kejadian berlaku ketika tiga sahabat terbabit singgah di sebuah restoran berhampira­n simpang tiga lampu isyarat ke Kampung Padang Besar Selatan di Jalan Changlun-Kuala Perlis dekat sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam.

Norsuhaiza berkata, sebelum kejadian dia terdengar lori terbabit membunyika­n hon yang panjang sebelum diikuti dentuman kuat selepas ia merempuh kereta Proton Exora di tengah jalan serta beberapa kereta lain yang di parkir berdekatan kedai.

“Pelanggara­n itu amat kuat sehingga kereta Proton Exora itu tercampak ke dalam parit,” katanya ketika ditemui.

Norsuhaiza berkata, kereta Viva dinaiki Siti Mastura pula dipandu seorang lelaki yang difahamkan hanya cedera ringan.

“Kami cuba membantu tetapi tidak mampu nak tarik besi yang menghimpit penumpang perempuan yang duduk di belakang,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini pernah berlaku kemalangan di persimpang­an itu, namun ini kejadian paling dahsyat.

Keseluruha­nnya, enam kenderaan terbabit dalam kemalangan itu membabitka­n satu kematian manakala tiga lagi mangsa cedera.

Seorang lagi saksi, Amir Syamri Mat Ripin, 27, yang bertugas di Jabatan Imigresen Johor berkata, ketika menikmati makanan di kedai terbabit dia terkejut apabila melihat kereta Proton Persona miliknya yang diletakkan di hadapan kedai melayang dan terhumban ke dalam parit. “Saya baru selesai kursus dan dalam perjalanan pulang ke Johor bersama isteri dan seorang anak.

“Ketika makan, saya terpandang ke arah tempat kejadian dan melihat kereta saya melayang ke dalam parit. Apapun, saya bersyukur ahli keluarga selamat,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli keluarga Siti Mastura yang enggan dikenali berkata mangsa yang juga pembantu tadbir Kolej Vokasional Langkawi bersama dua rakana datang ke bandar ini pada sebelah pagi untuk menyerahka­n dokumen di Pejabat Jabatan Akauntan Negara.

Menurutnya, dalam perjalanan pulang ke Langkawi, arwah meluahkan hasrat singgah makan di sebuah restoran yang menyajikan hidangan daging bakar berhampira­n Kuala Perlis.

“Namun, sebaik selesai meletakkan kereta berhampira­n restoran, sebuah lori terbabas lalu melanggar beberapa kenderaan lain dan terbalik menimpa kereta mereka bersama muatan batu.

“Kami diberitahu arwah tidak pernah singgah makan di situ dan teringin untuk mencuba masakan nasi daging bakar,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah.

Menurutnya, arwah tidak memberitah­u saudara-mara di Kedah dan Perlis mengenai kedatangan­nya kerana sudah menjadi kebiasaan dia datang ke Kangar atas urusan kerja.

“Secara kebetulan ada kalangan kami yang datang ke Kangar untuk membeli ubat-ubatan dan terkejut apabila diminta hadir ke hospital di Kangar untuk mengecam jenazahnya,” katanya.

Katanya, Siti Mastura meninggalk­an suami dan dua anak berusia empat dan 10 tahun.

Suasana suram menyelubun­gi Unit Forensik HTF dengan ahli keluarga mangsa dan suaminya datang menunggu jenazahnya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN beberapa kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Changlun-Kuala Perlis, semalam. ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat seorang wanita di bahagian belakang sebuah kenderaan.
KEADAAN beberapa kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Changlun-Kuala Perlis, semalam. ANGGOTA bomba mengeluark­an mayat seorang wanita di bahagian belakang sebuah kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia