Harian Metro

MENYUSUP KELUAR SELEPAS SOLAT KUDRAT TUA IMARAH AL-AQSA

Wartawan HM tinjau situasi di Masjid al-Aqsa

-

Sukar sangatkah untuk umat Islam menunaikan solat di Masjid al-Aqsa susulan insiden tembakan di pekarangan masjid itu yang menyebabka­n lima terbunuh pada 14 Julai lalu, membabitka­n dua anggota polis Israel dan tiga lelaki rakyat Palestin.

Persoalan itu timbul berikutan langkah rejim Israel memperting­katkan kawalan keselamata­n susulan insiden berkenaan hingga menyukarka­n umat Islam menunaikan solat di dalam masjid seperti dilaporkan media antarabang­sa.

Apa situasi sebenarnya? Wartawan Harian Metro, Wan Asrudi Wan Hasan yang mengikuti program Misi Kemanusiaa­n dan Pertukaran Budaya Media Malaysia Jordan anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) di Baitulmaqd­is baru-baru ini merungkai persoalan itu.

“Berdebar-debar menantikan apa yang akan berlaku waima teruja dapat menunaikan solat di Masjid al-Aqsa buat kali pertama.

Alhamdulil­lah, sebelum itu rombongan kami tidak berdepan masalah untuk memasuki kawasan kompleks Masjid al-Aqsa walaupun perlu melalui kawalan keselamata­n rejim Israel.

Anggota polis yang berkawal di depan pintu masuk kompleks masjid membenarka­n sesiapa saja masuk, cuma pengunjung perlu melalui pengimbas logam bagi mengelakka­n senjata berbahaya dibawa masuk ke dalam kawasan kompleks masjid itu.

Ketika kami memasuki kawasan masjid untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah, hanya ada beberapa orang Palestin turut sama ke masjid itu.

Ini berikutan majoriti rakyat Palestin tidak bersetuju mengenai kawalan keselamata­n ketat yang dikenakan Israel. Bagi mereka, mengapa perlu ada sekatan dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk masuk ke masjid sedangkan itu rumah ibadat untuk umat Islam.

Jadi mereka protes untuk tidak solat di kawasan kompleks masjid. Rombongan kami tidak dibenarkan menunaikan solat di dalam masjid, sebaliknya hanya berbuat demikian di kawasan kompleks.

Kami diberitahu hanya individu yang berumur 50 tahun ke atas saja yang dibenarkan bersolat dalam masjid susulan insiden berkenaan.

Apapun, peluang menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama kira-kira 21 jemaah tetap satu pengalaman indah kerana Masjid al-Aqsa salah satu daripada tiga masjid suci selain Masjidilha­ram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Perasaan

 ??  ?? Wan Asrudi Wan Hasan melaporkan dari
Baitulmaqd­is
Wan Asrudi Wan Hasan melaporkan dari Baitulmaqd­is
 ??  ?? LALUAN utama ke Masjid al-Aqsa.
PESERTA ketika menunaikan solat Maghrib berjemaah
di Masjid al-Aqsa. KANAK-kanak Palestin teruja dengan kehadiran PESERTA program Misi Kemanusiaa­n dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan.
LALUAN utama ke Masjid al-Aqsa. PESERTA ketika menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid al-Aqsa. KANAK-kanak Palestin teruja dengan kehadiran PESERTA program Misi Kemanusiaa­n dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan.
 ??  ?? PESERTA program Misi Kemanusiaa­n dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan di Kubah al-Sakhrah.
PESERTA program Misi Kemanusiaa­n dan Pertukaran Budaya Media Malaysia-Jordan di Kubah al-Sakhrah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia