Harian Metro

PEROMPAK EMAS RM3 JUTA KANTOI

Tujuh suspek rompak kedai emas tak sempat joli sakan

- Norizuan Shamsuddin, Nabiha Kamal dan Siti A’isyah Sukaimi norizuan@hmetro.com.my

Hanya sempat bergembira dengan hasil rompakan barang kemas bernilai RM3 juta tidak sampai empat jam.

Itu malang menimpa tujuh suspek lelaki yang ditahan pihak selepas dipercayai terbabit kes rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor semalam.

Rompakan itu yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.40 pagi semalam dilakukan empat penjenayah bersenjata­kan dua pucuk pistol.

Penjenayah yang melarikan diri menaiki kenderaan Honda Jazz berjaya dijejaki polis di sebuah rumah di Kampung Lalang, Ampar Tenang di sini, sebelum diberkas jam 2 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penahanan suspek terbabit berdasarka­n maklumat diperoleh sejurus rompakan berlaku.

“Buat masa ini, kami tidak dapat memberikan maklumat terperinci berkenaan kes ini. Polis menemui sejumlah barang kemas, penukul dan senjata api di rumah suspek,” katanya.

Dalam kejadian sebelum itu, kumpulan penjenayah yang memakai topi keledar serta bersarung tangan hitam memecah masuk kedai emas di tingkat bawah pusat beli-belah itu.

Suspek menggunaka­n penukul besi untuk memecahkan kaca pada meja pameran sebelum memasukkan barang kemas ke dalam dalam beg pakaian.

Difahamkan seorang pengawal keselamata­n di lokasi kejadian melepaskan satu das tembakan ke arah kumpulan penjenayah.

Namun, suspek bertindak balas dengan melepaskan enam das tembakan secara rambang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan.

Difahamkan suspek melarikan 18 dulang barangan kemas dianggarka­n bernilai RM3 juta menggunaka­n dua beg pakaian.

Bagaimanap­un, tujuh suspek terbabit ditangkap selepas melarikan diri sejauh 40 kilometer dari lokasi kejadian hasil risikan dan tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor.

Difahamkan, pemeriksaa­n pihak polis di lokasi rompakan turut menemui enam kelongsong peluru disyaki milik penjenayah.

Polis juga mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi serta merakamkan percakapan mangsa serta saksi terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? EMAS yang bertaburan di hadapan kedai. TIGA daripada tujuh suspek yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lalang, Ampar Tenang.
EMAS yang bertaburan di hadapan kedai. TIGA daripada tujuh suspek yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lalang, Ampar Tenang.
 ??  ?? PASUKAN forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.
PASUKAN forensik melakukan siasatan di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia