Harian Metro

KEPUTUSAN HADIAH UTAMA

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

 Kereta dimenangi pada Peraduan Senang Jerr! HM hadiah ulang tahun perkahwina­n ke-35

Ulang tahun perkahwina­n ke-35 yang bakal disambut bulan depan menjadi lebih bermakna buat Sufian Jaafar, 62, apabila terpilih menjadi antara pemenang hadiah utama Peraduan Senang Jerr! Harian Metro, sekali gus membawa pulang Proton Saga CVT 1.3 (Auto), di sini, semalam.

Lebih manis, Sufian ketika dihubungi berkata, ia tuah keduanya selepas memenangi hadiah utama ketika menyertai peraduan pertanding­an anjuran sebuah syarikat akhbar, 23 tahun lalu.

“Pada 1994, saya pernah memenangi hadiah utama sebuah motosikal ketika menyertai peraduan anjuran pihak media.

“Alhamdulil­lah, tahun ini rezeki memihak kepada saya dan lebih bermakna ia sebuah kereta baharu,” katanya.

Selain Sufian, empat pemenang hadiah utama lain adalah Mohd Shazwi Mohd Shafie, 28, R Sridaran, 20, Mohamad Awaludin, 28, dan Siti Nurul Ain Abd Hamid, 28, yang turut memenangi Proton Saga CVT 1.3 (Auto).

Terdahulu, semua proses pemilihan pemenang hadiah utama, mingguan dan bulanan dilakukan Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar, Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Harian Metro Othman Mamat dan Pengurus Besar Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar The New Straits Times Press (M) Bhd, Sanusi Abdul Yusoh.

Siti Nurul Ain ketika dihubungi mengakui tidak menjangka dia terpilih antara lima pemenang hadiah utama peraduan berkenaan.

“Saya memang pelanggan setia akhbar ini sejak dulu lagi. Saya tidak melepaskan peluang menyertai Peraduan Senang Jerr! memandangk­an setiap hari akan membeli akhbar Harian Metro,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pembaca Harian Metro, Norhisam Idris terpilih menjadi pemenang pertama peraduan bulanan bagi April lalu, sekali gus membawa pulang hadiah sebuah televisyen pintar Toshiba 49 inci.

Tempat kedua dimenangi Abdul Halim Mihat yang menerima hadiah telefon pintar Samsung Galaxy A7 2017, manakala Manan Muda meraih tempat ketiga dan menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,000.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAPA (kiri) bersama Othman (kanan) dan Sanusi ketika sesi pemilihan pemenang Peraduan Senang Jerr! Harian Metro, semalam.
MUSTAPA (kiri) bersama Othman (kanan) dan Sanusi ketika sesi pemilihan pemenang Peraduan Senang Jerr! Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia