Harian Metro

Polis siasat kes culik budak hilang dibawa lari amah

-

Insiden kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang didakwa dilarikan amah dari rumah keluargany­a di Taman Melati di sini, pagi kelmarin, disiasat sebagai kes culik.

Mangsa, Nadyne Shazia Muhammad Syakir bagaimanap­un dibawa pulang ke rumah keluargany­a oleh pembantu rumah terbabit kira-kira jam 12 tengah malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superinten­dan Ramli Kasa berkata, pihaknya kini masih melakukan siasatan berhubung kejadian itu sama ada wujud unsur culik atau sebaliknya.

“Kanak-kanak itu sudah dibawa balik semula ke kediaman keluargany­a dalam keadaan selamat kira-kira jam 12 tengah malam tadi (semalam). Kami masih melakukan siasatan apa sebenarnya yang berlaku.

“Siasatan juga menjurus kepada wujudnya unsur culik dalam kes ini. Bagaimanap­un, buat masa ini siasatan masih dijalankan mengikut kesalahan culik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kehilangan Nadyne menjadi tular di laman sosial sejak pagi kelmarin apabila mangsa dilaporkan hilang dari rumahnya selepas keluar bersama pengasuh di Kondominiu­m Putravilla jam 10 pagi.

Ibu kanak-kanak terbabit, Nadzirah Mohamed, dilaporkan berkata kehilangan anak dan pengasuhny­a disedari apabila beliau pulang ke rumah dari tempat kerja pada jam 7 malam kelmarin.

Ramli berkata, buat masa ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian, namun siasatan masih diteruskan.

Sementara itu, bapa kepada kanak-kanak terbabit melalui laman Twitter memaklumka­n anak perempuann­ya sudah pulang bersama pembantu rumahnya.

“Dia sudah pulang. Pembantu rumah saya sudah membawa anak perempuan saya pulang semula. Terima kasih banyak. Tiada kata yang dapat menggambar­kannya,” katanya melalui lama Twitter.

 ??  ?? NADYNE Shazia bersama keluarga.
NADYNE Shazia bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia