Harian Metro

Usikan ‘mesej’ cinta

Hannah anggap cabaran sebagai anak seni

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pelakon Hannah Delisha mengakui menerima banyak kiriman gambar dan mesej berbaur lucah di laman Instagram miliknya sejak membintang­i drama Mencintaim­u Mr Photograph­er.

Hannah, 21, berkata, dia turut menerima beberapa mesej cinta daripada lelaki termasuk pelajar sekolah.

“Sejak drama ini ditayangka­n di saluran Astro Ria, ruangan Direct Massage (DM) Instagram dihujani pelbagai mesej. Ada antaranya gambar dan mesej lucah dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan cinta.

“Namun saya tak layan pun semua mesej itu kerana bimbang mereka bertindak lebih lagi. Jadi, cara terbaik saya buat tak tahu saja. Lagi satu, kalau saya membalas mesej itu nanti mereka akan berharap saya terus melayan mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, Hannah tidak mahu mengambil pusing mengenai perkara itu kerana menganggap ia sebahagian daripada cabaran menjadi anak seni.

Malah, Hannah percaya akan berdepan dengan pelbagai lagi cabaran selepas ini.

“Saya malas balas mesej itu, nanti timbul isu lain pula. Namun, saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan komen positif dan kata-kata semangat,” katanya.

Drama fenomena ini menggandin­gkan Hannah dan Syafiq Kyle sebagai pelakon utama.

Drama 16 episod ini berjaya melonjakka­n nama Hannah yang melakonkan watak Aira Qaisara.

Saya malas balas mesej itu, nanti timbul isu

lain pula Hannah Delisha

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia