Harian Metro

‘Saya tidak berkecil hati’

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Syed Shamim tidak berkecil hati apabila ada komen mengatakan nyanyian penyanyi Tajul dan Wany Hasrita menerusi lagu Mana Tahu Siapa Tahu lebih sedap berbanding dirinya selaku penyanyi asal.

Syed ketika dihubungi berkata, dia tidak ada masalah dengan komen itu, malah beranggapa­n setiap penyanyi ada cara dan gaya tersendiri menyanyika­n sesebuah lagu.

“Saya tak berkecil hati pun kalau ada yang komen begitu. Malah, saya berterima kasih kepada Tajul dan Wany sebab sudi menyanyika­n lagu saya.

“Bagi saya ini strategi pemasaran yang kami cuba lakukan untuk memperkena­lkan lagi lagu saya. Bukan apa, sejak ia dilancarka­n April lalu, sambutan terhadap lagu ini kurang.

“Kiranya apabila video nyanyian Tajul dan Wany dimuat naik di YouTube, ia sedikit sebanyak membantu lagu ini,” katanya kepada Harian Metro.

Syed juga tidak menafikan dia menggunaka­n populariti dua penyanyi itu dalam usaha mempromosi­kan lagi lagu ciptaan Patrick Kamis itu.

“Secara peribadi saya menyukai lagu ini dan ia sedap didengar. Sehingga saya naik segan dengan Patrick kerana lagu ini kurang mendapat sambutan,” katanya.

 ??  ?? SYED Shamin
SYED Shamin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia