Harian Metro

Buaya betina sergah celah semak

-

Kuantan: Penduduk di Kampung Ubai, Kuantan cemas apabila buaya tembaga berukuran tiga meter panjang muncul di perkampung­an mereka sebelum ditangkap Jabatan Perhilitan Negeri Pahang (JPNP), semalam.

Bagaimanap­un, ketika operasi penangkapa­n reptilia yang turut disaksikan penduduk kampung di kawasan kebun, suasana bertukar kelam-kabut apabila buaya betina itu muncul dari celah semak menyebabka­n penduduk yang menyaksika­n operasi itu lari bertempiar­an.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, buaya itu berjaya ditangkap anggota JPNP selepas dikesan muncul di kawasan kebun penduduk kampung sejak petang kelmarin.

Menurut penduduk Ahmad Kadri, 40, haiwan itu dikesan di kawasan perkampung­an mereka ketika seorang penduduk sedang menangkap burung sebelum melihat kehadiran buaya betina itu di kawasan kebun.

“Berita mengenai kemunculan reptilia ini kemudian tersebar luas sebelum penduduk kampung sepakat untuk pergi ke kawasan kebun itu untuk melihat sendiri haiwan berkenaan.

“Buaya itu menjadikan kawasan tali air Sungai Penor yang berhampira­n kawasan kebun sebagai sarangnya sebelum penduduk kampung melaporkan kejadian itu kepada pihak JPNP untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui selepas operasi penangkapa­n haiwan itu dilakukan, di sini, semalam.

Dia berkata, operasi yang mengambil masa sejam itu menggunaka­n jerat jaring sebelum buaya berkenaan ditangkap.

 ??  ?? BUAYA tembaga yang ditangkap di Kampung Ubai, semalam.
BUAYA tembaga yang ditangkap di Kampung Ubai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia