Harian Metro

Kemeriahan kian memuncak

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Kemeriahan Zumba Tour oleh Watsons Malaysia di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, minggu lalu begitu terasa apabila menarik hampir

200 pengunjung terdiri daripada peminat zumba dan penduduk setempat.

Berlangsun­g dalam suasana cukup meriah, Zumba Tour itu diadakan sempena acara Watsons Move Your Body 2017 yang bakal kembali buat kali keempat pada 21 Oktober depan di Sunway Lagoon Surf Beach.

Aktiviti itu dimulakan dengan sesi pendaftara­n dan ucapan alu-aluan oleh pakar nutrisi Watsons sebelum peserta memulakan tarian zumba yang diketuai tenaga pengajar, Lisa Lim (Pulau Pinang) dan Janice Kong (Ipoh).

Dua peserta bertuah turut membawa pulang tiket Watsons Move Your Body Zumba 2017 bernilai RM196.

Acara tahunan Watsons Move Your Body Zumba 2017 ini bukti inisiatif Watsons Malaysia menarik orang ramai melakukan amalan gaya hidup sihat mencapai matlamatny­a.

Ia selari dengan usaha Watsons yang sentiasa berusaha menjalanka­n kempen inovatif dalam memperkasa­kan kesihatan dan kecantikan setiap rakyat seiring dengan slogan ‘Look Good, Feel Great’.

Watsons Move Your Body Zumba juga adalah acara ikonik yang dianjurkan bagi menghargai sokongan pelanggan setia Watsons selama ini.

Peminat zumba dan ahli VIP Watsons boleh membeli tiket pada harga RM78.40*

 Watsons Malaysia galak gaya hidup sihat melalui program Zumba Tour

di semua cawangan Watsons di Lembah Klang dan Seremban atau secara dalam talian dengan tiket dijual bermula 1 Jun lalu.

Orang ramai dan ahli VIP Watsons akan mendapat potongan harga tiket 20 peratus apabila mereka membeli produk daripada jenama yang mengambil bahagian dalam Watson Move Your Body Zumba 2017.

Sementara itu, peminat zumba di selatan tanah air bersedia kerana Zumba Tour akan ke Johor Bahru (Jatomi Fitness City Square) dan Melaka (Dataran Pahlawan Megamall) esok dan lusa.

Jangan lepaskan peluang ini dan ikuti laman rasmi Facebook Watsons Malaysia untuk mengetahui perkembang­an terkini mengenai lokasi Zumba Tour, tarikh serta waktu bagi maklumat lanjut mengenai program itu.

 ??  ?? PESERTA di Pulau Pinang meriahkan acara Zumba Tour.
PESERTA di Pulau Pinang meriahkan acara Zumba Tour.
 ??  ?? PESERTA Zumba Tour di Pulau Pinang bersemanga­t melakukan tarian zumba.
PESERTA Zumba Tour di Pulau Pinang bersemanga­t melakukan tarian zumba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia