Harian Metro

Rombongan tiada masalah

-

risau tetap ada, tapi sebagai umat Islam yang datang dari negara jauh seperti Malaysia, peluang bersolat di Masjid al-Aqsa tidak akan kami lepaskan.

Saya difahamkan kebiasaann­ya 500 hingga 1,000 jemaah akan menunaikan solat lima waktu manakala bagi solat Jumaat pula mencecah lebih 100,000 jemaah. Tetapi selepas insiden itu jumlah jemaah hanya boleh dibilang dengan jari. Ketenangan kami menunaikan solat berjemaah di masjid suci ini bagaimanap­un dikejutkan dengan beberapa siri letupan dari luar Masjid al-Aqsa.

Kejadian itu berlaku sejurus selesai tahyat akhir dan kami juga terdengar bunyi siren pasukan polis.

Bagi tujuan keselamata­n, saya dan rakan-rakan memilih laluan lain untuk keluar dari masjid berkenaan. Walaupun agak jauh, kami berjaya keluar dalam keadaan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Program ini turut disertai penasihat program kelab merangkap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles dan Presiden Yayasan Kartunis Malaysia Mohd Desa Omar atau Juragan, selain wakil blogger, media cetak, media elektronik, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Penyiaran Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Tidak puas dengan kekusyukan bersolat di Masjid al-Aqsa, rombongan kami menunaikan solat buat kali kedua di masjid itu pada sebelah pagi Selasa lalu tanpa perlu melalui alat pengimbas logam.

Ini berikutan desakan dan bantahan penduduk Palestin supaya mesin pengimbas atau mesin pengesan logam tidak digunakan di semua laluan masuk ke masjid didengari rejim Zionis.

Bagaimanap­un, saya dapat melihat kawalan ketat masih dijalankan di sekeliling masjid. Selepas beberapa hari di Baitulmaqd­is, kami kemudian meneruskan program ke Jordan.” Kuala Lumpur: “Orang lain tak mahu datang (tak apa), saya tetap akan berkempen untuk kita (rakyat Malaysia) ke sana,” kata Pengerusi Yayasan Al-Amin Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin yang tetap menganjurk­an program ziarah ke Masjid al-Aqsa.

Menurutnya, memang ada satu fatwa yang mengatakan haram untuk orang Islam datang ke sana, namun sekiranya diperhatik­an yang menguar-uarkannya dan menyebarka­n fatwa itu adalah orang Yahudi sendiri.

“Yahudi nak biar (agar) kita semua pegang pada fatwa ini. Satu pandangan fatwa saja, (sedangkan) beribu lagi suruh datang.

“Kami bawa orang ke Masjidil al-Aqsa bukan baru dan bukan perang kali pertama kat sana. Memang 2012, 2013 pun pernah macam beginilah, tapi berita yang keluar tak seperti mana dipaparkan.

“Ada satu gambar, (kononnya) imam Masjid al-Aqsa ditembak. Itu bukan imam Masjid al-Aqsa, (tetapi) orang dari Syria,” katanya dalam klip video yang dimuat naik ke YouTube dan dipautkan melalui Facebook beliau, kelmarin.

Ustaz Muhamad berkata, di Baitulmaqd­is ketika ini memang berlaku ketegangan tetapi tidaklah seperti yang digambarka­n media.

“Sebab, orang Yahudi yang pegang media, mereka sendiri Kuala Lumpur: Rombongan ziarah membabitka­n 20 jemaah dari Malaysia ke Masjid al-Aqsa anjuran Yayasan Al-Amin tidak menghadapi masalah untuk memasuki, sekali gus beribadat di dalam masjid ketiga paling suci dalam Islam itu.

Ketua rombongan itu, Ustaz Ahmad Fikri Akmal, 24, berkata anggota keselamata­n rejim Israel yang berkawal di luar kawasan itu juga tidak bersikap kasar terhadap mereka.

“Tidak ada kekasaran. Dia (anggota keselamata­n) hanya yang edit (sunting) berita yang teruk untuk orang Islam sebarkan sampai orang Islam takut untuk datang ke sana. Jemaah saya sekarang ini ada kat (di) sana pun.

“Ia propaganda. Kalau kita perasan, ya memang Yahudi ada pukul, (dan) aniaya orang Islam. Kalau kita punya saudara kena, kita pun akan tersentuh, beremosi, kita pun akan kongsi benda itu kepada umum.

“Tapi, kalau kita perasan, buat muka acah-acah garang. Dia tanya kami, dari mana dan sama ada Muslim atau tidak.

“Muslim only can enter (Muslim saja boleh masuk ke dalam masjid). Itu yang dia cakap,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, semalam.

Rombongan ziarah Masjid al-Aqsa itu berlepas ke sana Selasa lalu dan dijangka pulang ke tanah air Isnin depan.

Sementara itu, Ahmad Fikri berkata, rombongann­ya turut berkesempa­tan untuk bertemu dengan imam Masjid al-Aqsa Syeikh Yusuf Abu Sunainah. video yang ada sebenarnya bermula dengan dia akan provoke sikit, provoke sikit (membangkit­kan kemarahan)...biar orang tengok, takut tak nak pergi. Itu tujuan dia,” katanya.

Menurutnya, banyak berita dan video lama yang sengaja disunting untuk orang Islam mempercaya­inya.

“Kadang-kadang saya tengok kesiannya. Video malaikat kononnya ada terbang, lepas tu ada jet. Itu gambar di Syria yang mujahidin tembak, dia orang editkan, sebarkan, kita kongsikan. Kesiannya kita kena tipu.

“Sebab itu, saya kata apa yang berlaku memang tak seperti yang digambarka­n. Dia (orang Yahudi) nak biar orang Islam kita tak pergi ke sana, sedangkan al-Aqsa ialah milik seluruh orang Islam,” katanya. “Imam berkenaan turut berpesan supaya umat Islam terus mengimarah­kan Masjid al-Aqsa walau apa keadaan sekali pun,” katanya.

Melalui klip video yang dikongsika­n menerusi WhatsApp, imam terbabit turut mengajak saudara seagama di Malaysia untuk ke Masjid al-Aqsa sesuai dengan sabda Nabi SA, mafhumnya: “Tidak perlu kamu bersusah payah (untuk berkelana) melainkan ke tiga masjid; Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid Al-Aqsa.

 ??  ?? PINTU masuk Masjid al-Aqsa dikawal ketat.
MASJID al-Aqsa
PINTU masuk Masjid al-Aqsa dikawal ketat. MASJID al-Aqsa
 ??  ?? ROMBONGAN Malaysia ke Masjid al-Aqsa bertemu Syeikh Yusuf (tiga dari kanan).
ROMBONGAN Malaysia ke Masjid al-Aqsa bertemu Syeikh Yusuf (tiga dari kanan).
 ??  ?? USTAZ Muhamad Abdullah
USTAZ Muhamad Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia