Harian Metro

Puas hati khidmat SIM STC

-

Jemaah yang ditemui berpuas hati dengan perkhidmat­an pembelian kad SIM prabayar yang disediakan syarikat telekomuni­kasi Saudi Telecommun­ications Company (STC).

Bagi Jamilah Ismail, 62, dari Kajang, Selangor, dia mulanya agak bimbang juga tidak dapat membeli kad SIM tempatan untuk menghubung­i keluargany­a.

Menurutnya, memandangk­an dia hanya datang seorang tanpa ditemani suami atau anak, sudah tentu risau jika tidak dapat menghubung­i mereka.

“Selain itu, saya juga ada masalah kesihatan menyebabka­n ahli keluarga sudah tentu bertambah risau jika tidak dapat menghubung­i saya.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya mendapatka­n kad SIM disediakan STC dan sudah menghubung­i keluarga memaklumka­n selamat sampai di Madinah ini,” katanya.

Begitu juga dengan Rohani Saji, 60, ibu tunggal dari Seremban, Negeri Sembilan yang bersyukur dapat membeli kad SIM prabayar disediakan STC dalam masa singkat sekitar 10 minit.

“Saya juga sudah menghubung­i anak memaklumka­n selamat sampai di Madinah ini,” katanya yang ditemani sepupunya untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia